Quote Of The Day

My Slide

Monday, December 27, 2010

Garuda dibaham Harimau...

halo..halo..halo...salam utk semua..hihii...berapa punya habuk da blog ni..siap lupa password suma hih..

apa2 pun ak nak cite..setelah sekian lamanya stadium sepi bila pasukan negara ade game,akhirnya malam tadi, gamat n gegak gempita stadium nasional bukit jalil...mane taknya..hampir 90,000 orang memenuhi stadium utk menyaksikan perlawanan bersejarah utk team malaysia ni...final pertama dlm tempoh 14 tahun sejak 1996..memang lama...ak pun dikira antara 90k org yang datang utk menyaksikan game tu...nanti malam2 sket ak sharekan gambar2 yang sempat ak snap yea..

Tahniah utk Rajagopal,Tahniah Dato Subahan,Tahniah Safiq Rahim n Tahniah to all the team di atas kemenangan 3-0 ke atas Indonesia semalam...


Friday, November 12, 2010

10 tabiat rosakkan otak.

1. Tidak mengambil sarapan pagi

  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Kredit to Layar Minda ...Artikel di ambil dari laman FB beliau..

Thursday, November 11, 2010

Apa..??..!!!..Mandi Wajib tak sahh...???

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Wednesday, November 10, 2010

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

Disebabkan Bad dah pun ade blog...jadi ak terasa nak aktif semula..tak tau nape...blog bad ni memangkin aku utk menulis or mengupdate semula...uhuuh...so..ni info yang baru dapat dari FB En MTD Kota Lama.

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)

Monday, October 25, 2010

Lama tidak ber Blogspot...aktif ber Facebook

wahh....sangat lama rupanya tak hapdet..ahhaa...ade dekat 2 bulan kan...skang ni lebih banyak atau lebih tepat nye selalu bukak fesbuk aje...

kebanyakan kawan2 pun da ade fsbuk aku kan...so...ape2 bolehla inform kat fesbuk...ak igt ruangan blog ni akan ak update utk benda2 yang melibatkan tulisan panjang je...ehhehe

jumpa lagi yea kawan2...

daa~

Monday, August 9, 2010

Kenangan lama menggamit jiwa...



Salam semua.....uuhuh..maafyea..berlaku sedikit gap dengan post sebelum ni..actually baru2 ni...mase tgh carik lagu dalam 4 shared.com tu..teringat satu lagu..lagu ni popular di kalangan dak2 kmns..kalau mase camping kat de bana dulu,mesti akan ade slot ni...uhuuh....sangat mengembalikan memori...so..tribute utk suma kengkawan...




Lepas dengar lagu ni..secara otomatiknya..aku teringat kat cekgu2....kawan2 mase kat kmns..ape kabar la korang suma ek.....rindu dengan suasaana di kmns..suasana beratur di pagi hari...suasana makan di kafe ..suasana di blok...suasana petang2 mase riadah...hm...aku rindu suma..!!!..panjang umur kita jumpa yea kawan2,.cekgu2......ni ade lirik lagu Lemak Manis...

Sopan santun anak melayu
Senyum terukir
Senyum terukir bila disapa

Dalam pantun ku kirim rindu
Rindu mengalir
Rindu mengalir didalam kata

Lemak manis alah amboi amboi
Santan kelapa alah amboi amboi
Ku pandang lah manis alah amboi amboi
Anak siapa

Pohon sena pohon meranti
Ditengah tengah
Ditengah tengah buluh perindu

Adik disana abang disini
Ditengah tengah
Ditengah tengah rindu menderu

Lemak manis ala amboi amboi
Dantan kelapa ala amboi amboi
Ku pandang lah manis ala amboi amboi
Anak siapa

Hujan dihulu tak reda reda
Ribut lah turun
Ributlah turun bertalu talu

Abang dihulu adik di kuala
Ku hanyut rindu
Ku hanyut rindu dalam perahu

Lemak manis ala amboi amboi
Santan kelapa ala amboi amboi
Ku pandang lah manis ala amboi amboi
Anak siapa

by Roslan Madun




Friday, July 9, 2010

Lamenye tak menulis...

Salam..lamenye tak menulis @ hapdet blog ni..

tajuknye masih aku kekalkan..HIDUPKU YANG BARU..selepas mengharungi 2 minggu yang baru dlm hidup ni. memang terasa kelainannya selepas adanya seorang bidadari menemani aku di sisi...balk keje disambut di muka pintu...wahh..bestnye..uuhuh....

Memikul tanggungjawab yang lebih besar menuntut aku untuk bekerja lebih keras lagi...untuk keluarga jugak kan..keluarga sendirik...keluarga kedua2 belah mak n ayah aku...so..bekerjalah selagi ade kudrat..
Dan insyaAllah..selagi aku dikurniakan kudrat n tenaga,aku akan terus bekerja mencari rezeki demi untuk membahagiakan semua..keluargaku....keluarganya..dan dirinya sendiri...permaisuri hatiku, Azmanira Aziz..

Tuesday, June 15, 2010

Hari ini adalah harinya...

wah...memang terlalu lama ak tak hapdet blog ni...ish..ape nak jadi la aku kan...

tapi takpe...aku akan berusaha utk menghapdet ttg ak lepas2 ni...ape2pun...post kali ni ak nak cerita ttg hari ini...memang la istimewa..sebab nya...

HARI NIE GENAP SETAHUN AKU BEKERJA DEKAT LC MERCHANDISING SDN BHD
SUBSIDIARY TO LES' COPAQUE PRODUCTION SDN BHD

sangat sekejap je rasanye masa berlalu...sangat banyak pengalaman yang aku perolehi sepanjang setahun berada di sini..aku bangga dapat berada bersama-sama mereka2 yang sangat komited dalam kerja...bersengkang mata kadang2 utk mengejar dateline...bersedih dan bergembira bersama-sama..

thanx to Boss yang memberikan peluang kepada aku utk terus berada di sini...aku sangat menghargainya..utk kawan2 LC Group..teruskan semangat kita yea...!!!





Wednesday, March 24, 2010

A.K.U dan B.R.U.N.E.I....part IV...Last Episode

ha..da smpai pun ke episode terakhir utk jelajah brunei..hehehe...

nak hujung bulan baru dpt ak completekan...ok..actually untuk part IV ni..ak na ceritekan aktiviti hari terakhir aku dekat brunei..flight ptg tu kul3pm dari airport..so, paginya ak n kawan2 ikut rombongan jalan2 ke sekitar brunei yang dianjurkan oleh penganjurla...3 bas kesemuanya yang bergerak secara konvoi

bas yang bertanggungjawab membawa kami pusing2 brunei...

...0830 : Sarapan di OCH..kitorang TERlambat bangun,jadi kelam kabut n tak dapat nak menikmati sarapan dengan lebih layaaan lagi..ehehe..(itupun lepas penganjur kol bilik tanya join tour or tak...)..jadi...sementara tunggu ahli rombongan cukup, sempat jugak ar meluangkan masa berborak2 dengan DJ Daffy..DJ popular dekat Brunei...Kristal FM yea..DJ Daffy ni ala2 Faizal Ismail la kalau kat Malaysia..

ak,DJ Daffy, Shazuan, Ijat n Ezuwan

apa yang seronok sangat tu su ngan ezuwan..lela ala2 malu tutup muka..

amboi seronoknya ijat...

rombongan malaysia showcase

peace...!!!

senyum....!!!

tepat jam
0900, rombongan pun bertolak. Destinasi pertama adalah ke : Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah.

masjid yang sangat indah

Masjid ni sangat cantek...kitorang tak dibenarkan utk bawak kamera masuk ke dlm masjid...interiornye sangat cantik..so rugi tak dpt snap gambar...walaubagaimanapun, ade jugak yang menggunakan kecanggihan hp masing utk snap gambar...

ni kira menara masjid la kan..???

Next destination...???...heehe...Istana Nurul Iman..actually rombongan tak dpt masuk ke dalam pun..hanya setakat di pintu pagar je...so, kitorang yang da berpengalaman masuk ke dlm istana, telah dilantik menjadi penglipurlara...di samping berkongsi gambar yang semapt kami snap masa dekat dlm istana before tu..

ak sempat bergambar depan pintu pagar istana

Selepas itu, kami di bawa ke Kampung Air. pd ak, sangat menarik utk melihat sebuah perkampungan yang dibina di atas sungai...(sungai kot....)..yang best dpt tgk pakcik2 ni da macam nak racing je bawak speed boat tu..ahahah...murah je tambang nye kalau nak naik utk bersiar2 sepanjang sungai ni...B$ 10.00 je rasanya...ehehe...

inilah kehidupan...

Pakcik ni tgh race..

Kampung Air

Ijat dan shazuan menikmati keindahan Kampung Air

masa hadapan ku..

Last destination...adalah ke Gadong Mall. Gadong Mall ni ala2 macam Midvalley la kalau dekat KL tu...besar jugak Gadong Mall ni......kitorang pun masuk dlm n macam blur sketika...sebabnya..suasana n booth yang ade kat sini sumanya bole dilihat di Malaysia...barang2nye pun...so,sedikit cemas gak ar..ye ar..masa da takde...cenderahati tak beli lagi..n at last, dengan bantuan DJ Daffy...(DJ popoular nih)..dia bawak kami ke kedai Brunei Souvenir. nahh...pening kepala plak sebab banyak sangat barang yang bole dibeli utk dijadikan cenderahati..so,kami pun pakat utk berkongsi beli cenderahati utk rakan2 sepejabat di malaysia..hope korang suka dengan mug plastik yang kami beli dari Brunei ni..=)
ak ngan shazuan pening nak pilih mug..

Kami tiba tepat jam 520ptg di KLIA.Alhamdulillah semuanya selamat..n satu pengalaman yang sangat berharga yang ak rasa susah nak dapat kat mana2 event...

bersama warga kerja Eventneka Sdn Bhd..
thanx to Riza,Hakam, Fendy,Lela n Suraya

kerana melayan kerenah kami yang gila2 ni...


lain-lain gambar rangkuman aksi :


thumb up from ijat

peace...!!


mari membaca...

lela n su..

ijat n shazuan..da real.......

bergambar dengan bro hazami n bro azrin manager
memang sempoi kedua2 bro ni...
suara live...???...memang tiptop..


sempat snap gambar dgn raja hias malaysia, eric leong...
bro eric ni sangat sempoi...n memang ramah...!!!



Tuesday, March 23, 2010

A.K.U D.A.N B.R.U.N.E.I ....part III



ok...maaf kerana kelewatan menyambung part III ak..

basically part III ni ak nka citakan bagaimana sambutan warg Brunei terhadap Upin dan Ipin...mungkin banyak gambar yg aku nak letakkn..tapi rasanya gambar2 ni da cukup menggambarkan bahawa org Brunei juga sedang menggilai si Botak ini...








Thursday, March 11, 2010

A.K.U dan B.R.U.N.E.I....part II

Brunei International Airport

bersambungla kita....ha..ape yang jadi seterusnye bila kitorang betul2 je kuar dari pintu airport tu...???...ha..sebenarnya kitorang disambut oleh en riza n en marzuki wakil dari organizer.

n ade sesuatu yang betul2 mengejutkan bila e.riza membisikkan sesuatu ke telinga manager kami.."skang ni kita akn terus ke istana sultan"..ada jemputan untuk upin dan ipin di sana..."...ap perasaan kitorang masa tu...personally ni aku tetiba jadi teruja..yela...istana sultan brunei kan...so...terus kitorang siap2kan ape yang patut..masukkan barang ke dlm kereta n terus gerak ke sana..perasaan yang bercampur baur...happy...takut pun ade...huhuh...tapi kehendak penganjur + arahan dari pejabat sultan perlu dilaksanakan...huhuhu...(skema gila ayat...)...

pos pengawal istana nurul iman

sampai je kat kawasan istana...memang saat yang mengujakan..bayangkan..e.marzuki yg da duduk 3 taun dekat brunei pun tak penah masuk..inikan pulak kitorang yang belum pun 2jam jejakkan kaki dekat brunei...

inilah bukti utama mengesahkan kemasukan aku ke dalam istana nurul iman

sangat indah suasana kat dalam istana...kitorang pegi ni dekat area kompleks sukan istana rasanya...(rasanya la..)...sampai2 je..kitorang watla ape yang patut..kamera yg da sedia ade dekat tangan ni terus dan terus bekerja untuk merakamkan memori yang ntah bila lagi dpt aku rasakan...keadaan di dalam kompleks sukan ni sangat cantik...siap dengan taman burung n taman permainan..mesti untuk putera n puteri cucunda sultan ni...apa yang ak tau..kami disambut oleh isteri kedua sultan, bekas personaliti tv3 dulu kalau tak silap akula...pengiran isteri azrinaz mazhar hakim..(maaf yea..gambar2 mereka2 ini tak dpt aku letakkan kerana sebab2 tertentu)...so aku share n letakkan gambar2 ruang2 dlm istana ni je la yea..

Kompleks sukan istana...

dari parking kereta kami...
Swimming pool...

selepas selesai keje kami, kami semua disajikan dengan hidangan buffet dekat restoran istana..so sambil2 makan, sempat jugak jeling2 ke cucunda sultan yang tgh main2 lari2 dekat dlm ni...sorang cucunda..sorang dayang yang jaga..cucunda lari,dayang pun kena lari..huhuh...masa ni gak aku sempat bertentang mata dengan Crown Prince @ Tengku Mahkota Brunei ,His Royal Highness Prince Hj Al-Muhtadee Billah. CP tgh berlatih pool dengan sifu dekat ruangan pool...
dipendekkan cerita, kami selesaikan semua tugas n berangkat selepas mendapat perkenan untuk ke hotel penginapan, Orchid Garden Hotel. Pengalaman yang sangat mengujakan berada di dalam istana sultan brunei, Istana Nurul Iman....

Lobi Orchid Garden Hotel

Lobi Orchid Garden Hotel lagi...

Receptionist Orchid Garden Hotel pun jadi...

ni ape plak nih...

haa....kami ingat tugasan diraja da selesai..rupa2nya tidak..adinda sultan tak sempat untuk membawa putera n puterinya ke istana untuk bersama kami beraktiviti, jadi kami diminta untuk ke istana adinda sultan pula pada malam harinya..fuuh...kiranya hari 6hb ni da jadi hari diraja la...so, skang ni ak nak cite pengalaman berada di Istana Ba'itul Athirah pulak...

kami sampai di istana princess dlm kul830..sekitar istana penuh dengan binatang2 peliharaan..hamster je ak ingt nak dekat 500 ekor jugakla..kucing lagi..ade sekor kucing tu rm 18000 harganya...memang banyakla...n masa tu tak ramai lagi putera n puteri princess yang da sampai..so kami pun duk rilek2 je dekat ruang tamu yang penuh dengan coklat..lupa plak nak btau..malam ni rombongan kami disertai oleh penyanyi popular, Hazami..



kami ke sana sekadar untuk memenuhi jemputan princess dan kami dijamukan dengan sangat banyak makanan yang sangat sedap yang dihidangkan secara buffet...arghh..memang tokleh tolak la..princess yng mula2nya nampak macam serius je....rupa2nya seorang yang sangat sempoi..kerabat2 tuanku pun sama2 sempoi...bole duduk semeja untuk makan dan bergelak ketawa bersama2...lebih kurang kul1030 kitorang bergerak keluar dari istana sebab hazami ade interview kul 1045pm @ Pelangi FM stesen radio di Brunei...dan 1 lagi moment yang kompem takkan aku lupakan adalah..dapat hadiah daripada princess.hadiahnya ape???..tunggu....okeh..okeh..ak ingat cukup sampai sini dulu ak story mory kat korang..igt tau...ni baru 1st day ak dekat brunei...entry lepas ni ak nak tunjukkan gambar yang akan menunjukkan betapa fanatiknya peminat2upin dan ipin @ brunei...see yaa...