Quote Of The Day

My Slide

Friday, November 6, 2009

Senyum...

Mungkin ada yang da selalu baca artikel ni..tp ak tetap nak letak..sekadar hiburan kita..

SAM & DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib
baik tak mati.

============ ========= ========= =====

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai
2 Ringgit

============ ========= ========= =====

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati
lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

============ ========= ========= =====

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

============ ========= ========= =====

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

============ ========= ========= =====

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle
light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil
elektrik, api rumah aku dah kena potong!

============ ========= ========= =====

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada
aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada
aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah
tahu...

============ ========= ========= =====

SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

============ ========= ========= =====

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang
merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan
pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

3 comments:

Anonymous said...

lawak yg innocent.haha

AFIQ zainal said...

ahahaha....senyum sorang2..

ayen =D said...

ha ah.. seyes lawak innocent..