Quote Of The Day

My Slide

Tuesday, April 17, 2012

Kitab Sang Cupid & Bukan Dari Jibril - ESKLUSIF

Masa yang dinanti telah tiba!

Buat Budak Hitam-Budak Hitam yang sanggup menanti sekian lama,
maka sekarang kami persembahkan kepada semua,
kembar kami yang pertama!!!

Kitab Sang Cupid

Merupakan buku sulung Aziz Harun, yang juga pernah menulis bersama dua lagi temannya sebelum ini untuk zine terbitan mereka sendiri - "Buku Hitam: Dia Tak Gila, Cuma Bercerita...". Mengekalkan tema yang sama, Aziz cenderung bermain dengan segala perasaan yang Tuhan kurniakan buat hati. Bak kata Orked Perak dalam Review Zine: Buku Hitam - "Genre romantis menjadi makanan utama penulis ini. Lenggok bahasa dan diksi yang sangat puitis sememangnya cukup untuk memaniskan zine ini dan mungkin juga mampu menambat hati-hati gadis-gadis sepi yang membaca karya beliau. Kesemua karya beliau memaparkan persoalan tentang cinta, yang mengangkat personaliti beliau sebagai seorang pencinta wanita." Cerpennya - Perghh... Seksi Gila! - yang disiarkan di blog rasmi Buku Hitam Press merupakan pilihan utama pembaca dengan menerima jumlah view paling banyak. Tajuk asal buku ini adalah Merungkai Seribu Satu Emosi tetapi ditukar setelah pihak penerbit mendapati kisah-kisah yang dicoret seolah-olah catatan diari 'Dewa Cinta' yang begitu variasi dan menarik kisahnya, apatah lagi jika tersasar panahannya!


Bukan Dari Jibril

Inilah bukunya yang dirasakan penerbit - "terlalu kasar dan kotor", namun akhirnya diterbitkan jua setelah penulis berjaya meyakinkan penerbit bahawa - "Buku indi perlu berani. Provokasi dan kontroversi harus jadi nasi.". Siapa sangka penulisannya yang dulunya sentiasa menjadi karangan contoh buat calon SPM, pernah hampir membuatkan dirinya disaman oleh Ketua Kampungnya sendiri merangkap Pengerusi Pas Kawasan, selain dimaki-hamun diblog Diatakgila. Azhar Ibrahim (salah seorang penyumbang karya hebat di Zine Satu Malam) merumuskan tindakan mereka yang memberi respon negatif itu dengan ayat ringkas ini - "Mereka tak sampai tahap percernaan yang sepatutnya.". Fikri Harun rela di-ISA-kan, dari terus bebas dengan akal dan mulut yang terpaksa didungu dan dibisukan. Menariknya, siri catatannya ini kesemuanya ditulis di dalam tandas-tandas berbeza sedekat Semenanjung Tanah Melayu dan sejauh Tanah Bersatu Amerika. Selain beberapa kali melalui proses tapisan dari Buku Hitam Press, judulnya juga telah ditukar sebanyak tiga kali, dari Catatan Tandas ke Semangkuk Najis dan akhirnya, terimalah...Bukan Dari Jibril.

Untuk mendapatkannya, emelkan ke afiq_utm@yahoo.com dengan subjek BUKU HITAM PRESS dan kami akan memaklumkan caranya..=)