Quote Of The Day

My Slide

Showing posts with label kegagalan. Show all posts
Showing posts with label kegagalan. Show all posts

Sunday, June 7, 2009

panggilan telefon...

salam...aku duk belek2 call register aku..n aku sampai ke tarikh 4jun 09 jam 23:36...

aku teringat sesuatu...masa tu aku baru je sampai dari airport subang balik dari alor setar pegi majlis nikah ujang..TAHNIAH UJANG....

ak dapat kol daripada seseorang..suara dia aku dengar macam lemah je...selalu bila aku dengar suara macam ni aku da dapat agak mst akan ade sesuatu yang akan dicakapkan nya...n tekaan aku betul..
cuma kali ni ape yang diperkatakan tu agak mengejutkan aku...aku cuba gak la tanya kenapa...tapi tak dpt jawapan yang sepatutnya...so aku malas nak memaksa wpun agak memaksa gak before tu kan...aku akur je ar ngan permintaan dia...n malam tu gak aku terus wat ape yang dia suh aku wat..

n aku agak dia pun da wa benda2 yang sama mcam apa yang dia suh aku wat...n skang ni aku nga blur..adakah aku perlu buat benda2 yang diminta untuk perkara2 yang seangkatan dengannya...mmm....biarlah aku pikirkan utk sehari dua nih...harap dia berpuas hati jela ngan ape yang da aku wat ni...

apa aku rasa?...terkejut pun ade..sebab nampak dia betul2 nekad dengan tindakan dia..tapi aku yakin bukan dia pun yang nak wat suma tu..mst ade mana2pihak yang suruh buat gitu..tapi takpela...mungkin ade baiknye dia buat gitu...moga dia terus bhagia je la...

n da nampak da skang ni...bukan kata aku..hadiah aku pun belum tentu smpai kat umah dia nanti...ahahah....kirim ucapan je la..tu pun kalau ucapan boleh tembus untuk sampai ke telinga dia...ini lah hidup...

hidup...hidup...apa2pun hidup musti diteruskan...

Tuesday, May 5, 2009

kl aku kembali...

menunggu detik untuk pulang ke kl...untuk melapangkan kepala yang kian berat..rasa tak tertanggung da..

nak mencarik ruang untuk kembali memulihkan semangat yang kian luntur....

Saturday, April 11, 2009

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan
  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
  • Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.