Quote Of The Day

My Slide

Saturday, February 14, 2009

Laporan & Keputusan Penuh : UTM FC vs Skuad Piala Presiden MBJB FC

SKUDAI - perlawanan persahabatan melibatkan UTM FC vs Skuad Piala Presiden MBJB FC di padang a seri gelam jb telah berlangsung dalam cuaca yang agak panas ptg tadi. UTM yang tiba awal mengambil kesempatan utk membiasakan diri dengan keadaan padang dan cuaca.
memakai jersi putih/biru utm memulakan aksi menyerang dari kiri ke kanan dengan langkah kiri apabila gawang gol mereka dibolosi seawal minit pertama apabila serangan pertama mbjb fc dari bahagian kiri pasukan utm gagal dihalang oleh pasukan utm untuk membolehkan mbjb fc mendahului 1-0. tersentak dengan jaringan itu, utm menggandakan asakan dan terus menyerang kubu mbjb fc dari bahagian sayap kiri dan kanan. serangan bertali arus akhirnya membuahkan hasil apabila 9 minit kemudian, kapten pasukan,faqhri menyamakan kedudukan hasil tolakan mudah ke kiri gawang mbjb fc. kelincahan dua penyerang utm, li dan fendi sering mengucar kacirkan barisan pertahanan mbjb fc. percubaan fendi pada minit ke 20 sekadar singgah di palang gol dan selang beberapa minit selepas itu, dia sekali lagi gagal memasukkan bola melepasi garisan gol apabila menolak bola melepasi palang. namun pada minit ke 33 kelincahan li gagal di kekang oleh barisan pertahanan mbjb fc apabila berjaya melepasi perangkap offside sebelum menggelecek penjaga gol mbjb fc dan menolak bola ke dalam gawang yang sudah terbuka luas untuk menjadikan kedudukan 2-1. peluang sekali lagi terbuka buat li namun bola tolakan kedepan terlalu jauh dari kakinya...kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

separuh masa kedua bermula hambar apabila kedua-dua pasukan kelihatan bermain dengan rentak perlahan. namun kedua2 pasukan saling menyerang walaupun bola kelihatan hanya berlegar2 di kawasan tengah padang. utm akhirnya menambah jaringan pada minit ke 83 hasil jaringan pemain pertahanan kiri,syaifullah menerusi rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti. utm sekali lagi menghadirkan satu peluang gol apabila pemain berpengalaman,yaser arafat melambungkan bole dari jarak 35 meter melepasi jangkauan penjaga gol namun sekadar menggegarkan palang gol...keputusan akhir utm 3 mbjb fc 1...UTM FC (3) vs Skuad Piala Presiden MBJB FC (1). berikut gambar-gambar sepanjang perlawanan berlangsung... :





"main dalam satu pasukan...jangan putus asa" coach memberikan semangat kepada pemain

"mak aih...lawa betul awek tu..."kata lan
"betul..betul..betul.."ah chong menyampuk

"lambat plak aku nak masuk ni.bosan tunggu..."lan mengeluh

"kalau aku try ni ade can masuk ni"..mungkin tu yang bermain di fikiran pemain mbjb ni
line up....

salam dulu before berjuang

senyum dulu...

on the way...dalam bas...

posing before naik bas..


Friday, February 13, 2009

Kursus Pra Perkahwinan Islam

salam...ha..entry sebelum ni pasal kasihku amanahku tu sebenarnya ade kaitan ngan entry kali ni..so...utk membantu promosi program kelabku..yang berbeza dari program2 sebelum ni..ha..teruskan membaca ek....

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM

28 FEB & 1 MAC 2009 (SABTU & AHAD)
0800 - 1800 (SABTU)
0800 - 1700 (AHAD)
DEWAN ASTANA KOLEJ TUANKU CANSELOR UTM
RM80.00 (PELAJAR)
RM100.00(STAF UTM)
RM120.00(LAIN-LAIN)

ANJURAN
KELAB LAMBAIAN MASYARAKAT KTC

DENGAN KERJASAMA
MJ AL USRAH MANAGEMENT &
PUSAT PEKHIDMATAN KELUARGA ISLAM RUMAH KENANGAN
JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR

SIJIL DIBERI SELEPAS KURSUS...!!!

TERHAD KEPADA 150 ORANG PESERTA SAHAJA...

Kasihku..Amanahku...

pernikahan menyingkap tabir rahsia...
suami isteri inginkan keluarga yang bahagia...
dan mengharapkan sebuah bahtera indah..
untuk bersama belayar kemuara...

pernikahan menginsafkan kita..
perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha...
bila masa senang syukuri nikmat tuhan...
susah mendatang tempuhi dengan tabah...

isteri...janji telah dipatri...
diijabkabulkan dan dirahmati...
detik pertemuan dan pernikahan..
yang dihujani air mata kasih...
demi syurga ilahi..

suami..jangan menagih setia...
umpama hajar dan setianya zulaiha..
terimalah seadanya..
yang terindah dilubuk hatimu..
isteri adalah amanah buatmu...

pernikahan mengajar tanggungjawab bersama..SUAMI..&..ISTERI...

isteri hamparan dunia..suami langit penaungnya...
isteri ladang tanaman..suamilah pemagarnya..
isteri bagai kejora..suami menjadi purnama...
tika isteri beri hempedu..suami tabah menelannya...

tika suami terteguk racun..isteri carilah penawarnya..
sungguh isteri rusuk yang rapuh...
berhati-hatilah meluruskannya...

kasihkuAMANAHKU...by inteam

pindah rumah baru....

salam..bg sapa2 yang mungkin pernah baca entry aku before ni..aku ade sebut yang aku nak kena pindah umah sebab tuan umah skang ni nak masuk umah ni..so..kami da bersepakat utk pindah uma baru..dengan harga sewa yang sama...akhirnya kitorang dapat cari umah kat area skudai gak..n alhamdulillah umah nye besar...da byaar n stle suma deposit oleh tok ketua umah ni...so..melana corporation tak lama lagi akan ditutup...n akan bukak satu kompeni baru..PERDANA HOLDINGS...eheheheh

so...bulan 3...umah baru..!!!!!

p/s malasnya nak ngangkat barang...banyak tu...sapa nak tolong..!!!


"..look before you leap..."