Quote Of The Day

My Slide

Saturday, February 14, 2009

Laporan & Keputusan Penuh : UTM FC vs Skuad Piala Presiden MBJB FC

SKUDAI - perlawanan persahabatan melibatkan UTM FC vs Skuad Piala Presiden MBJB FC di padang a seri gelam jb telah berlangsung dalam cuaca yang agak panas ptg tadi. UTM yang tiba awal mengambil kesempatan utk membiasakan diri dengan keadaan padang dan cuaca.
memakai jersi putih/biru utm memulakan aksi menyerang dari kiri ke kanan dengan langkah kiri apabila gawang gol mereka dibolosi seawal minit pertama apabila serangan pertama mbjb fc dari bahagian kiri pasukan utm gagal dihalang oleh pasukan utm untuk membolehkan mbjb fc mendahului 1-0. tersentak dengan jaringan itu, utm menggandakan asakan dan terus menyerang kubu mbjb fc dari bahagian sayap kiri dan kanan. serangan bertali arus akhirnya membuahkan hasil apabila 9 minit kemudian, kapten pasukan,faqhri menyamakan kedudukan hasil tolakan mudah ke kiri gawang mbjb fc. kelincahan dua penyerang utm, li dan fendi sering mengucar kacirkan barisan pertahanan mbjb fc. percubaan fendi pada minit ke 20 sekadar singgah di palang gol dan selang beberapa minit selepas itu, dia sekali lagi gagal memasukkan bola melepasi garisan gol apabila menolak bola melepasi palang. namun pada minit ke 33 kelincahan li gagal di kekang oleh barisan pertahanan mbjb fc apabila berjaya melepasi perangkap offside sebelum menggelecek penjaga gol mbjb fc dan menolak bola ke dalam gawang yang sudah terbuka luas untuk menjadikan kedudukan 2-1. peluang sekali lagi terbuka buat li namun bola tolakan kedepan terlalu jauh dari kakinya...kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

separuh masa kedua bermula hambar apabila kedua-dua pasukan kelihatan bermain dengan rentak perlahan. namun kedua2 pasukan saling menyerang walaupun bola kelihatan hanya berlegar2 di kawasan tengah padang. utm akhirnya menambah jaringan pada minit ke 83 hasil jaringan pemain pertahanan kiri,syaifullah menerusi rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti. utm sekali lagi menghadirkan satu peluang gol apabila pemain berpengalaman,yaser arafat melambungkan bole dari jarak 35 meter melepasi jangkauan penjaga gol namun sekadar menggegarkan palang gol...keputusan akhir utm 3 mbjb fc 1...UTM FC (3) vs Skuad Piala Presiden MBJB FC (1). berikut gambar-gambar sepanjang perlawanan berlangsung... :





"main dalam satu pasukan...jangan putus asa" coach memberikan semangat kepada pemain

"mak aih...lawa betul awek tu..."kata lan
"betul..betul..betul.."ah chong menyampuk

"lambat plak aku nak masuk ni.bosan tunggu..."lan mengeluh

"kalau aku try ni ade can masuk ni"..mungkin tu yang bermain di fikiran pemain mbjb ni
line up....

salam dulu before berjuang

senyum dulu...

on the way...dalam bas...

posing before naik bas..


No comments: