Saturday, January 24, 2009
alkisah...3 negeri...3 highway...2 universiti..
perjalanan 1j 15min tu...macam2 ragamla perangai orgkn yg dpt ak tengok..yang berchenta tak hengat...yang bebudak nye..ngan budak2 kecik agi kan...menggelikan ati je...smp kl sentral pudin da tunggu nak bagi ak cd utk design beg k07...ak pn gerak gi putra..mak aih..panjang nye la barisan nak beli teket..sampai terkeluar..so dgn tabahnya ak pn berator la...dekat 15 mnit gak ar kan..takpela..nak wat camne kan....huuh...then nek atas nak tunggu tren..again....ramainya manusia...tren ke3 baru ak dpt nek..tu pun sebab tren tu dtgnye kosong...tu pun da tepi pintu je ak berdiri..hihih...
smpa umah dekat kul 10 gitu...ak sempat beli oti brek thru utk mama ku kat umah.aku amik angin sket sebelum meneruskan keje yg belum selesai...ak ajak adik ak gerak gi kedai baju utk ak anta ke UM....projek baru dpt..thanx to bulat mendapatkan job ni...lepas ni kita keje agi ek....
alkisahnya la plak...baju tu sampai seguni je dr supplier..ad kesilapan..huuhuh..takpela...ak kol bulat n cite mende sebenar...sorry ek bulat...dari batu caves tu aku nak shoot gi um..nak kuarla ikut jalan kuding...sekali tak jmpa sainbord la plak kan...amik kau...sampai ldp aku...pastu masuk plak penchala link..pastu masuk plak kerinchi link....rugi aku dekat 10 hengget bayar TOL AJE....ish..tu la padahnya kan....huhuh..takpela takde rezeki..tu la kesahnye 3 highway aku..seb bek tak masuk federal..hahahah....
sampai je um ak terus gi kat bulat..cite2 sket terus anta baju n gerak balik...kisahnya 2 universiti ..UTM-UM..uhuhuhuh....
n semuanya yg aku lalui tadi..melibatkan 1 perkara yang sama....KESESAKAN..n semuanya kerana TAHUN BARU CINA da makin hampir...so..to all malaysian yang merayakan CNY...ak ucapkan....SELAMAT TAHUN BARU CINA....GONG XI FA CAI....
salam dari uptown...
Thursday, January 22, 2009
'kemalangan' ketika latihan....
Kemalangan itu berlaku ketika pelatih-pelatih skuad UTM FC sedang melakukan latihan hantaran lintang secara intensif. Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang pelatih cuba keluar dari gawang gol untuk menumbuk bola yang dihantar oleh winger, sebelum dia dirempuh dengan begitu keras oleh seorang pelatih yang lain yang cuba untuk menjaringkan gol. Selepas rempuhan itu berlaku, pelatih tersebut kelihatan jatuh terlentang di atas padang. Selepas beberapa ketika, mangsa merasakan sedikit pening2lalat tetapi masih dapat mengawal keadaannya.REUTERS
aduhai malaysia...
Skuad Sathia 0, UAE 5
PENJAGA gawang negara, Syamsuri Mustafa (kanan) menumbuk bola dalam pergelutan bersama pemain UAE, Mohamed Omar Mohd Ahmad sambil dibantu seorang lagi pemain negara, Thirumurugan Veeran (tengah) dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Cheras, malam tadi. |
Malaysia dihukum dalam saingan awal kelayakan Piala Asia
GAMBARAN wajah duka terus menghimpit skuad bimbingan B Sathianathan yang tersungkur di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 0-5 dalam aksi sulung Kumpulan C pusingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Kekecewaan itu terjelma angkara beberapa kesilapan yang bingkas dihukum lawan, biarpun gambaran awal menampakkan petanda menggalakkan dengan penguasaan pada tempoh 25 minit, ketika UAE sekadar mengancam menerusi cubaan jarak jauh sepanjang tempoh itu.
Namun kecuaian pada minit ke-28 menyaksikan umpanan Ismaeil Matar lolos di celah-celah kaki benteng negara untuk Mohamed Omar Ahmad Al Shaddadi meluru dan merembat menewaskan penjaga gol, Syamsuri Mustafa.
Skuad negara cuba melawan tetapi usaha itu dihancurkan pengadil, Benjamin Williams yang menganugerahkan penalti buat lawan pada minit ke-44 selepas Ismail Salem menjatuhkan diri selepas sekadar berselisih dengan Hardi Jaafar. Mohamed Omar tidak tersilap menyempurnakan anugerah itu.
| PEMAIN Malaysia, Mohamad Zaquan Adha (jersi biru) mengawal bola dengan kemas daripada pemain UAE, Haidar Alo Ali, malam tadi. |
Kesilapan kapten, Norhafiz Zamani Misbah cuba menggelecek Ismaeil Matar di depan gawang menyaksikannya hilang bola untuk penggempur berbisa itu mencurinya dan merembat menewaskan penjaga gol gantian, Syed Adney Syed Hussein untuk gol keempat UAE pada minit ke-75.
Sentuhan pertama pemain gantian, Ahmed Khalil Sebait Mubarak, menyaksikannya merembat masuk gol kelima UAE pada minit ke-85 buat melengkapkan sengsara skuad negara.
Malaysia: Syamsuri Mustafa (Syed Adney Syed Hussein), Fauzie Nan, Norhafiz Zamani Misbah, V Thirumurugan, Aidil Zafuan Adha, Hardi Jaafar, Indra Putra Mahayuddin, Khyril Muhymeen Zambri, Amirulhadi Zainal (Hairuddin Omar), Zaquan Adha (Mohamad Ashari Samsuddin), Safee Sali.
| Sathianathan |
Pengadil: Benjamin Williams (Aus)
JANJI OBAMA...semoga ianya bukan janji PALSU...
Obama janji baiki hubungan dengan dunia Islam
WASHINGTON 21 Jan. – Presiden Barack Obama berjanji untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat (AS) dengan dunia Islam dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan semalam.
Beliau berjanji untuk membuka lembaran baru dalam perhubungan dengan dunia Islam berikutan ketegangan yang menyusuli serangan 11 September 2001 di AS serta perang di Iraq dan Afghanistan semasa pentadbiran Presiden George W. Bush.
“Kepada dunia Islam, kami mahukan arah tuju baru, berdasarkan kepentingan bersama dan sikap saling menghormati,” kata Obama semalam.
Obama, seorang penganut Kristian, menghabiskan sebahagian zaman kanak-kanaknya di Indonesia selepas ibunya, Ann Dunham berkahwin dengan seorang lelaki Indonesia beragama Islam, Lolo Soetoro.
“Kepada mereka yang memegang kuasa menerusi rasuah dan penipuan dan menyekat suara penentang, ketahuilah sejarah tidak akan menyebelahi anda.
“Namun kami akan menghulurkan bantuan jika anda bersedia untuk melepaskan cengkaman,” kata Presiden kulit hitam pertama AS itu.
Majlis Perhubungan Islam Amerika (CAIR) mengalu-alukan ikrar Obama untuk menjalinkan hubungan lebih baik dengan dunia Islam.
“Kami berharap kenyataan positif itu diiringi dengan perubahan dalam dasar Amerika terhadap dunia Islam, akan membantu memperbaiki imej negara kita dan membawa kepada masa depan yang lebih selamat dan makmur untuk seluruh umat manusia,” kata Pengarah Eksekutif CAIR, Nihad Awad.
Ahli Kongres Islam pertama AS, Keith Ellison berkata, kenyataan Obama itu merupakan tanda muhibah penting kepada umat Islam di AS dan serata dunia.
“Saya yakin ikrar beliau itu boleh menjejaskan usaha al-Qaeda untuk menarik anggota baru kerana mesej mereka bergantung kepada kejayaan memburukkan AS sebagai negara yang memusuhi Islam dan dunia Islam,” kata Ellison.
Tokoh Demokrat dari Minnesota itu percaya usaha Obama kelak untuk mengeratkan hubungan dengan dunia Islam akan menyukarkan al-Qaeda untuk terus menyebarkan mesej anti-Amerika. – Reuters
Wednesday, January 21, 2009
Harga minyak kekal
Menurutnya, ini memandangkan harga purata minyak mentah bagi tempoh dua minggu pertama bulan ini masih di atas AS$43 setong kecuali beberapa hari di bawah paras AS$40 setong.
Tambahnya, kerajaan masih kekal dengan mekanisme penetapan harga minyak di Malaysia iaitu mengambil kira purata harga minyak mentah dunia setiap dua minggu.
“Dari 1 hingga 15
Januari lalu, harga minyak mentah di atas AS$42 setong dan cuma ada beberapa hari ia turun di bawah AS$40,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina di Pasar Besar Alor Star di sini hari ini.
Shahrir mengingatkan, penurunan harga minyak dunia turut memberi kesan kepada pendapatan Petronas yang menyebabkan kerajaan juga tidak boleh bergantung kepada syarikat itu semata-mata.
“Kita harus terima apabila harga minyak mentah turun, pendapatan Petronas juga jatuh dan kerajaan kena ambil cukai untuk menggantikan pendapatan Petronas.
“Ketika harga minyak tinggi, untung banyak dan kita boleh guna pendapatan Petronas untuk beri subsidi,” katanya.
Sementara itu, Shahrir menjelaskan, kerajaan berpendapat tiada keperluan melaksanakan sistem dua pam di semua stesen minyak di kawasan sempadan pada masa ini bagi membezakan penjualan bahan api itu kepada kenderaan tempatan dan asing.
Beliau berkata, ini kerana tiada perbezaan ketara harga minyak di negara ini dengan harga di Thailand ketika ini.
Katanya, keadaan itu sekali gus membantu mengurangkan masalah penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran.
“Apabila harga runcit lebih kurang sama dan tiada elemen subsidi yang membezakan harga minyak, masalah pembelian berlebihan oleh kenderaan asing tidak timbul,” katanya.
Pada Jun 2008, kerajaan mengumumkan pelaksanaan cadangan sistem dua pam itu bertujuan memastikan minyak bersubsidi hanya dijual kepada rakyat tempatan manakala rakyat asing perlu membeli pada harga sebenar di pasaran.
Menurut Shahrir, masalah penyeludupan petrol dan diesel pada masa ini berkurangan dengan ketara selepas penurunan harga minyak mentah dunia.
