Quote Of The Day

My Slide

Thursday, January 22, 2009

aduhai malaysia...

Skuad Sathia 0, UAE 5


PENJAGA gawang negara, Syamsuri Mustafa (kanan) menumbuk bola dalam pergelutan bersama pemain UAE, Mohamed Omar Mohd Ahmad sambil dibantu seorang lagi pemain negara, Thirumurugan Veeran (tengah) dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Cheras, malam tadi.

Malaysia dihukum dalam saingan awal kelayakan Piala Asia

GAMBARAN wajah duka terus menghimpit skuad bimbingan B Sathianathan yang tersungkur di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 0-5 dalam aksi sulung Kumpulan C pusingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Kekecewaan itu terjelma angkara beberapa kesilapan yang bingkas dihukum lawan, biarpun gambaran awal menampakkan petanda menggalakkan dengan penguasaan pada tempoh 25 minit, ketika UAE sekadar mengancam menerusi cubaan jarak jauh sepanjang tempoh itu.


Satu cubaan sebegitu menyaksikan palang gol negara bergegar pada minit ke-15 menerusi cubaan Ismail Salem Ismail Saeed sebelum Zaquan Adha menyaksikan rembatannya, selepas pergelutan dalam kawasan penalti lawan empat minit kemudiannya, terkena jaring sisi.



Namun kecuaian pada minit ke-28 menyaksikan umpanan Ismaeil Matar lolos di celah-celah kaki benteng negara untuk Mohamed Omar Ahmad Al Shaddadi meluru dan merembat menewaskan penjaga gol, Syamsuri Mustafa.


Skuad negara cuba melawan tetapi usaha itu dihancurkan pengadil, Benjamin Williams yang menganugerahkan penalti buat lawan pada minit ke-44 selepas Ismail Salem menjatuhkan diri selepas sekadar berselisih dengan Hardi Jaafar. Mohamed Omar tidak tersilap menyempurnakan anugerah itu.

PEMAIN Malaysia, Mohamad Zaquan Adha (jersi biru) mengawal bola dengan kemas daripada pemain UAE, Haidar Alo Ali, malam tadi.


Daripada gerak serang balas pantas yang menyusul, Malaysia mendapati diri ketinggalan 0-3 apabila umpanan lintang Mohamed Saeed Rashed disambut Ismaeil Matar buat menggamamkan Syamsuri, seminit kemudian.


Kesilapan kapten, Norhafiz Zamani Misbah cuba menggelecek Ismaeil Matar di depan gawang menyaksikannya hilang bola untuk penggempur berbisa itu mencurinya dan merembat menewaskan penjaga gol gantian, Syed Adney Syed Hussein untuk gol keempat UAE pada minit ke-75.


Sentuhan pertama pemain gantian, Ahmed Khalil Sebait Mubarak, menyaksikannya merembat masuk gol kelima UAE pada minit ke-85 buat melengkapkan sengsara skuad negara.


Malaysia: Syamsuri Mustafa (Syed Adney Syed Hussein), Fauzie Nan, Norhafiz Zamani Misbah, V Thirumurugan, Aidil Zafuan Adha, Hardi Jaafar, Indra Putra Mahayuddin, Khyril Muhymeen Zambri, Amirulhadi Zainal (Hairuddin Omar), Zaquan Adha (Mohamad Ashari Samsuddin), Safee Sali.
Sathianathan


UAE: Majed Naser Humaid, Haidar Alo Ali Mohamed, Walid Abbas Murad Yousof, Hamdan Ismaeel Mohemad, Mohammed Fayez Sbait Khalifa, Abdul Raheem Jumaa Anbar, Al Junaibi Abdulsalam Jumaa, Mohamed Omar Ahmad Al Shaddadi (Ahmed Khalil Sebait Mubarak), Ismail Salem Ismail Saeed, Mohamed Saaed Rashed, Ismaeil Matar Ibrahim.



Pengadil: Benjamin Williams (Aus)

1 comment:

zairibaharom & ekinkhalil said...

aku benci gile komen B.Sathianathan menyatakan bolasepak malaysia liga M bukan bolasepak..dia ingat dia bagus sgt ke??amik r player2 baru, muda..nie pakai kuda2 tua yg kata byk cap inetrnationl lah, ada stamina lah, padehal, hampeh!!!!

aku geram gile neh!!!coz aku sokong gak bola malaysia, tp dh jemu dgn taktik ntah ape2 sathianathan neh!!