Quote Of The Day

My Slide

Tuesday, May 5, 2009

kl aku kembali...

menunggu detik untuk pulang ke kl...untuk melapangkan kepala yang kian berat..rasa tak tertanggung da..

nak mencarik ruang untuk kembali memulihkan semangat yang kian luntur....

aku pasrah...

salam semua...

harini hari yang agak tenang buat aku...mungkin lepas habisnya suma paper aku jawab...

selepas berusaha sepanjang semester ni, aku sekarang redha dan tawakkal dengan apa yang bakal aku hadapi selepas ini. keputusan, masa depan atau apa sj yang bakal aku tempuhi selepas ini...

harapan yang diletakkan ke atas aku pasti nak aku tunaikan....kalau perlu aku buat sesuatu, untuk merubah sesuatu...akan aku buat..akan aku usaha..perubahan memerlukan pengorbanan...dan selebihnya ku serahkan pada Dia...Yang Maha Esa...

apa juga yang terjadi pada aku selepas ini...aku terima dengan redha...aku terima sebagai ketentuanNya yang telah tertulis dalam perjalanan hidup aku...aku takkan melakukannya semula....untuk melihat kebelakang...tapi aku ingin terus memandang ke hadapan...untuk terus melihat apa jua masalah yang akan datang sebagai peluang untuk aku terus berjaya...

masa yang tinggal utk aku berada di sini pun da tak banyak..jadi sementara masih ada masa ni dan peluang...aku nak guna sebaik mungkin untuk selesaikan apa sj yang masih belum selesai...

yang pastinya..selepas ini..apa jua yang terjadi...aku nak kembali menunaikan tanggungjawab aku yg da hampir 9 tahun aku tinggalkan...9tahun aku merantau ke negeri org..untuk menuntut ilmu yang berguna...segala2nya...macam2 da aku lalui...macam2perkara yang berlaku semakin mematangkan aku dan aku rasa skang da tiba masa untuk aku kembali menghabiskan masa bersama mereka2 yang telah banyak berkorban untuk aku...

buat mereka2 yang sentiasa menyokong aku selama ini..terima kasih aku ucapkan..dan tak mungkin dapat aku balas jasa korang suma...hanya Dia yang dapat membalasnya...

buat mereka2 yang sentiasa mengkritik aku selama ini, terima kasih juga aku ucapkan kerana dengan kritikan korang buatkan aku semakin dewasa...

"...pertemuan kita disuatu hari, menitipkan ukhuwah yang sejati,bersyukur ku kehadrat ilahi, di atas jalinan yag suci..."

Saturday, May 2, 2009

mengenal diri sendiri menerusi tarikh lahir...???

salam...

actually aku dapat tau tentang benda ni masa pegi kursus kat iab genting dulu...then ni saje je nak berkongsi dengan korang suma..mungkin benda ni dah lama da kan..aku je yang lamba ak kuarkan..ehehe...tapi mungkin aku masih lemah dlm penggunaan blog ni jadi aku tak tau care nak letak mende alah tu kat sini..hahahaha....

so korang tinggalkan ar tarikh lahir beserta tahun kelahiran dan juga emel ek kat ruangan komen nanti aku watkan n emel kat korang...

"...age does not protect you from love. But love, to some extent, protects you from age..."

Friday, May 1, 2009

Segala-galanya sudah ditentukan...

salam...

mmm..sepanjang harini???....aku ke kempas menyelesaikan urusan yang belum selesai...sedikit konflik yg timbul...alhamdulillah semua nya da : selesai...

tiba di skudai???...lelap kejap b4 asar sebelum meminjam kereta untuk menyelesaikan lagi 1 urusan apa lagi kalau bukan urusan perniagaan,after asar bergerak menuju ke destinasi..
: 2bungkusan besar berisi set sweater untuk next customer aku berjaya dan telah disiapkan...sampai jam 9mlm aku berurusan di kedai pembekal...: selesai

tiba di skudai : anta kereta, amik motor dan memecut ke tun aminah anta kiriman kotak berisi kad kahwin...kad kawen...????...org punya daa...: selesai

tiba di rumah selepas pusing2 di taman u carik makanan...withdraw dari CIMB n deposit payment sikit kat maybank..: selesai

bukak nota untuk perjuangan buat terakhir kalinya...sebab mata pedih so tak dapat nak ngadap nota dlm pc..jadi bukak nota yang bertulis je...: selesai

next, tunggu panggilan customer untuk dia datang collect set sweater dia n buat bayaran penuh : selesai

jeling cerita p ramlee sket...NASIB DO RE MI...juga : selesai

tepon memekik...panggilan lagi dari pelanggan...nak bagi saiz baju...ALHAMDULILLAH masih ada rezeki untuk aku...syukur kepadaMu... : selesai

skang???..ade depan pc untk aku coretkan sedikit untuk tatapan korang..tinggalkan komen ek..hihih... : selesai

"...hidup perlu diteruskan walau apa jua dugaan yang datang menguji..."




Sekadar renungan untuk memperingati diri sendiri dan kawan-kawan...

ALLAH, bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat......

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGHRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.... Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain.....

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka... ...

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidupku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.

RENUNGKANLAH

Sebarkanlah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !

Ya aku CINTA ALLAH .

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna..