Quote Of The Day

My Slide

Friday, May 1, 2009

Sekadar renungan untuk memperingati diri sendiri dan kawan-kawan...

ALLAH, bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat......

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGHRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.... Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain.....

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka... ...

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidupku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.

RENUNGKANLAH

Sebarkanlah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !

Ya aku CINTA ALLAH .

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna..

No comments: