Quote Of The Day

My Slide

Monday, May 25, 2009

Masum Cup 2009 episode V - Keputusan Perlawanan

UTM TEWAS...

Seri Iskandar - UPNM berjaya membalas dendam di atas kekalahan 4-1 dlm perlawanan unileague tempoh hari apabila menundukkan UTM 4-2 dalam perlawanan pusingan pertama MASUM Cup 2009 semalam.

UTM yang turun tanpa sebahagian besar pemain utama bagaimanapun menguasai hampir keseluruhan permainan namun nasib masih tidak menyebelahi mereka.

UPNM mendahului menerusi penyerang mereka selepas menerima umpanan dari sayap kiri mereka seblum izad menyamakan kedudukan hasil keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol UPNM. UTM bagaimanapun mampu utk mengikat kedudukan lebih awal namun kapten arafat gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil kerana bola terkena tangan pertahanan UPNM.

UPNM menambah gol kedua hasil lambungan melepasi jangkauan penjaga gol UTM,Hafizi 2 minit sebelum tamat perlawanan.

Separuh masa kedua UPNM menambah gol ketiga selepas clearance kurang kemas pemain UTM singgah di kaki pemain UPNM yang merembat kencang dari luar kotak penalti. Izad bagaimanapun menaikkan kembali semangat juang UTM apabila merapatkan jurang mnerusi sepakan percuma cantik dari luar kotak penalti.

UPNM bagaimanapun menambah gol keempat selepas pemain mereka berjaya meloloskan diri dari perangkap offside UTM. Keputusan akhir UPNM 4 UTM 2.

UPNM mara ke pusingan kedua untuk bertemu pemenang di antara UMT dan UDM dalam peringkat winners pool manakala UTM akan bertemu UMP dalam peringkat suku akhir di dalam kategori looser pool.

No comments: