Saturday, January 31, 2009
alahai tuan umah....
pagi ni ps training aku g meranti makan ngan dak2 ..ak kol housemate aku nak tanya pasal uma sewa kat kl...alih2 dia kata....kitorang yang nak kena pindah umah sebab tuan umah nak masuk umah bulan 3...huwaaaa.....pasrah je la..ni la naik turun kehidupan di luar kampus...
semoga kami dipermudahkan...kepadaMu kami bermohon...bantula kami....
amin....
Friday, January 30, 2009
63 petua bahagia
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi: (a) Mental, pendidikan dan ilmu (b) Emosi (c) Fizikal dan ekonomi (d) Sosial (e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza: (a) Pendapat atau pandangan (b) Hobi (c) Kegemaran (d) Makanan (e) Cita rasa (f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Petua mencuci hati...
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan yang dilakukan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara- perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat."
Doa sebagai cara didik zuriat
MELIHAT anak hari ini yang agak nakal, sering membuat ibu bapa pening.
- Segelintir daripada kita menuding jari terhadap ibu bapa kerana gagal melaksanakan tugas atas alasan terlalu sibuk mengejar material sehingga mengabaikan anak sendiri.
- Sebenarnya banyak sebab yang boleh mengheret anak menjadi nakal, degil, derhaka dan pelbagai perkara negatif sehingga meresahkan ibu bapa, sekolah mahupun masyarakat keseluruhannya.
- Menurut Penasihat Tetap Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Datuk Dr Fadzilah Kamsah, kurang berdoa dalam proses mendidik menjadi sebab anak degil dan tidak mencapai kecemerlangan yang diharapkan.Beliau berkata, doa tidak makbul jika solat tak dijaga oleh ibu bapa sendiri kerana ia tiang agama.
- "Peliknya, tanpa sebarang doa mengiringi anak untuk meraih kejayaan dalam hidup tetapi ibu bapa menyimpan angan-angan untuk melihat kejayaan mereka.
- "Kalau mereka sendiri sebagai induk dalam keluarga yang menjadi teladan kepada anak tidak melakukan perkara yang baik terutama mendirikan solat lima waktu, tidak menjaga susila sepatutnya, bagaimana hasrat hendak melihat anak berjaya akan termakbul?
- "Pastikan jika mahu anak berjaya dalam pelajaran, ibu bapa juga perlu menitipkan doa untuk kecemerlangan guru," katanya.
- Masalah lain yang melanda fenomena anak sekarang katanya, didorong sikap kurang tegas dalam mendidik anak sama ada berkaitan waktu belajar, mengaji, tidur atau riadah.
- Biarpun bukan semua perkara itu mampu dilakukan dengan sempurna, tanggungjawab ibu bapa amat besar dalam membentuk disiplin sekali gus memastikan setiap peranan itu seiring dengan tindakan yang dilakukan.
- Dia turut merumuskan petua lain untuk menjadikan anak cemerlang iaitu dengan mengamalkan makan malam bersama dan hendaklah dilakukan sebelum Maghrib.
- "Lebih banyak memberi belaian negatif (tarhib) daripada belaian positif (targhib) juga menjadi punca kegagalan yang diperkatakan.
- "Ibu bapa juga dikesan kurang pandai menjadi kawan kepada anak hingga menjadikan mereka melupakan ibu bapa sendiri dengan cara mencari rakan sebaya sebagai tempat mengadu masalah.
- "Pada zaman serba canggih, ibu bapa sepatutnya menjadikan mereka sebagai rakan dengan mengetahui dengan siapa anak bergaul, ke mana mereka pergi dan pergaulan yang bagaimana menjadi amalan.
- "Namun, pada masa sama, rasa hormat dalam batas yang wajar tetap terpelihara," katanya.
- Dalam kebanyakan ceramah atau motivasi yang diberikan Dr Fadzilah, beliau kerap menekankan aspek kurang memberi sentuhan kepada anak menjadikan anak degil dan tidak mendengar kata.
- Menurutnya, anak memerlukan sentuhan kasih sayang yang sama rata dan jangan sama sekali membezakan kasih sayang sesama mereka.
- "Jika ibu bapa tidak kasihkan anak, anak juga tidak kasih kepada orang tuanya.
- "Amalkan mendakap dan memeluk anak yang akan mendatangkan kesan kepada mereka iaitu badan sihat, tahap kecerdasan tinggi, yakin dan mudah ikut contoh baik daripada orang yang berjaya.
- "Sebenarnya, anak yang selalu bercakaran sesama sendiri berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat kasih sayang yang sama rata daripada ibu bapa mereka," katanya.
alkisah lagi....
petikan tulisan di atas, aku copy dari blog jr aku...tgh2 aku membaca tu..ak rasa tersentuh dengan tulisan dia ni..n memang sebagai manusia biasa yang tek lekang dari melakukan kesilapan...kita tak berhak pn nak menentukan kau baik ke dia baik ke..kamu baik ke..mike baik ke.demo baik ke kan..huhuh.....n automatically...aku teringat kata2..ustzh aku dulu...bila kita nak tgk seseorg itu...kita tgkla 1 perkara baik yang pernah dia buat...wpun dia ada 99 perkara yang kurang baik yang dia pernah lakukan...TAPI...kalu kita nilai DIRI KITA SENDIRI..nak tgk diri kita sendiri...tgkla 1 perkara KURANG BAIK yg pernah kita lakukan walapun kita pernah buat 99 kebaikan...
ku menanti dirimu...
ingatkan dapat la jumpa 'dia' masa cuti raya cina aritu...tapi Allah tentukan yang aku takkan dpt jumpa 'dia' cuti raya cina aritu....so aku menunggu masa je bila la ak dpt jumpa 'dia'...
aritu..aku siap mimpikan dia lagi...tu yang buat aku bertambah rindu kat 'dia' tu...mungkin lepas ni blog aku nak cite pasal 'dia' je la kan.......so korang tunggu jela ek...
p/s : "dalam air..kuterpandang wajah...adikku yang ku puja...tenteram semula hati gundah...dapat mambang indah...."...lagu p ramlee daa...jgn marah haa...
view....
mmm...seronok pulak bile bace blog org...dgr cerita org...dgr luahan hati org..then dptkan idea dari blog org jugak...ape2 pun terus kan berblog..
aku cuma berharap aku akan terus menjadi seorang blogger tegar..amin...
Thursday, January 29, 2009
latihan pusat UTM FC...
huuh...
tajuk kali ni ak nak cite pasal centralized yang da diaturkan oleh pihak pengurusan UTM FC...
so latihan pusat bermula semalam...(rabu)...1st day sampai ape lagi kalu bukan...BEEP TEST...huhu...so coach mensasarkan suma player wat 10.00 at least...aku tak wat sebab aku masih di kl...arini baru sampai..
arini kamis...coach wat circuit training...huhuh..sakit2 gakla kaki ni.jalan pn da ngengkang da...ahhaha....apa2 pn utk suma player...sabor je la...tinggal 2 hari je agi..sabtu last day...ending ngan frenly ngan skuad presiden johor........huhuhuh
jmpa lagi...!!!
Saturday, January 24, 2009
alkisah...3 negeri...3 highway...2 universiti..
perjalanan 1j 15min tu...macam2 ragamla perangai orgkn yg dpt ak tengok..yang berchenta tak hengat...yang bebudak nye..ngan budak2 kecik agi kan...menggelikan ati je...smp kl sentral pudin da tunggu nak bagi ak cd utk design beg k07...ak pn gerak gi putra..mak aih..panjang nye la barisan nak beli teket..sampai terkeluar..so dgn tabahnya ak pn berator la...dekat 15 mnit gak ar kan..takpela..nak wat camne kan....huuh...then nek atas nak tunggu tren..again....ramainya manusia...tren ke3 baru ak dpt nek..tu pun sebab tren tu dtgnye kosong...tu pun da tepi pintu je ak berdiri..hihih...
smpa umah dekat kul 10 gitu...ak sempat beli oti brek thru utk mama ku kat umah.aku amik angin sket sebelum meneruskan keje yg belum selesai...ak ajak adik ak gerak gi kedai baju utk ak anta ke UM....projek baru dpt..thanx to bulat mendapatkan job ni...lepas ni kita keje agi ek....
alkisahnya la plak...baju tu sampai seguni je dr supplier..ad kesilapan..huuhuh..takpela...ak kol bulat n cite mende sebenar...sorry ek bulat...dari batu caves tu aku nak shoot gi um..nak kuarla ikut jalan kuding...sekali tak jmpa sainbord la plak kan...amik kau...sampai ldp aku...pastu masuk plak penchala link..pastu masuk plak kerinchi link....rugi aku dekat 10 hengget bayar TOL AJE....ish..tu la padahnya kan....huhuh..takpela takde rezeki..tu la kesahnye 3 highway aku..seb bek tak masuk federal..hahahah....
sampai je um ak terus gi kat bulat..cite2 sket terus anta baju n gerak balik...kisahnya 2 universiti ..UTM-UM..uhuhuhuh....
n semuanya yg aku lalui tadi..melibatkan 1 perkara yang sama....KESESAKAN..n semuanya kerana TAHUN BARU CINA da makin hampir...so..to all malaysian yang merayakan CNY...ak ucapkan....SELAMAT TAHUN BARU CINA....GONG XI FA CAI....
salam dari uptown...
Thursday, January 22, 2009
'kemalangan' ketika latihan....
Kemalangan itu berlaku ketika pelatih-pelatih skuad UTM FC sedang melakukan latihan hantaran lintang secara intensif. Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang pelatih cuba keluar dari gawang gol untuk menumbuk bola yang dihantar oleh winger, sebelum dia dirempuh dengan begitu keras oleh seorang pelatih yang lain yang cuba untuk menjaringkan gol. Selepas rempuhan itu berlaku, pelatih tersebut kelihatan jatuh terlentang di atas padang. Selepas beberapa ketika, mangsa merasakan sedikit pening2lalat tetapi masih dapat mengawal keadaannya.REUTERS
aduhai malaysia...
Skuad Sathia 0, UAE 5
PENJAGA gawang negara, Syamsuri Mustafa (kanan) menumbuk bola dalam pergelutan bersama pemain UAE, Mohamed Omar Mohd Ahmad sambil dibantu seorang lagi pemain negara, Thirumurugan Veeran (tengah) dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Cheras, malam tadi. |
Malaysia dihukum dalam saingan awal kelayakan Piala Asia
GAMBARAN wajah duka terus menghimpit skuad bimbingan B Sathianathan yang tersungkur di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 0-5 dalam aksi sulung Kumpulan C pusingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Kekecewaan itu terjelma angkara beberapa kesilapan yang bingkas dihukum lawan, biarpun gambaran awal menampakkan petanda menggalakkan dengan penguasaan pada tempoh 25 minit, ketika UAE sekadar mengancam menerusi cubaan jarak jauh sepanjang tempoh itu.
Namun kecuaian pada minit ke-28 menyaksikan umpanan Ismaeil Matar lolos di celah-celah kaki benteng negara untuk Mohamed Omar Ahmad Al Shaddadi meluru dan merembat menewaskan penjaga gol, Syamsuri Mustafa.
Skuad negara cuba melawan tetapi usaha itu dihancurkan pengadil, Benjamin Williams yang menganugerahkan penalti buat lawan pada minit ke-44 selepas Ismail Salem menjatuhkan diri selepas sekadar berselisih dengan Hardi Jaafar. Mohamed Omar tidak tersilap menyempurnakan anugerah itu.
PEMAIN Malaysia, Mohamad Zaquan Adha (jersi biru) mengawal bola dengan kemas daripada pemain UAE, Haidar Alo Ali, malam tadi. |
Kesilapan kapten, Norhafiz Zamani Misbah cuba menggelecek Ismaeil Matar di depan gawang menyaksikannya hilang bola untuk penggempur berbisa itu mencurinya dan merembat menewaskan penjaga gol gantian, Syed Adney Syed Hussein untuk gol keempat UAE pada minit ke-75.
Sentuhan pertama pemain gantian, Ahmed Khalil Sebait Mubarak, menyaksikannya merembat masuk gol kelima UAE pada minit ke-85 buat melengkapkan sengsara skuad negara.
Malaysia: Syamsuri Mustafa (Syed Adney Syed Hussein), Fauzie Nan, Norhafiz Zamani Misbah, V Thirumurugan, Aidil Zafuan Adha, Hardi Jaafar, Indra Putra Mahayuddin, Khyril Muhymeen Zambri, Amirulhadi Zainal (Hairuddin Omar), Zaquan Adha (Mohamad Ashari Samsuddin), Safee Sali.
Sathianathan |
Pengadil: Benjamin Williams (Aus)
JANJI OBAMA...semoga ianya bukan janji PALSU...
Obama janji baiki hubungan dengan dunia Islam
WASHINGTON 21 Jan. – Presiden Barack Obama berjanji untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat (AS) dengan dunia Islam dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan semalam.
Beliau berjanji untuk membuka lembaran baru dalam perhubungan dengan dunia Islam berikutan ketegangan yang menyusuli serangan 11 September 2001 di AS serta perang di Iraq dan Afghanistan semasa pentadbiran Presiden George W. Bush.
“Kepada dunia Islam, kami mahukan arah tuju baru, berdasarkan kepentingan bersama dan sikap saling menghormati,” kata Obama semalam.
Obama, seorang penganut Kristian, menghabiskan sebahagian zaman kanak-kanaknya di Indonesia selepas ibunya, Ann Dunham berkahwin dengan seorang lelaki Indonesia beragama Islam, Lolo Soetoro.
“Kepada mereka yang memegang kuasa menerusi rasuah dan penipuan dan menyekat suara penentang, ketahuilah sejarah tidak akan menyebelahi anda.
“Namun kami akan menghulurkan bantuan jika anda bersedia untuk melepaskan cengkaman,” kata Presiden kulit hitam pertama AS itu.
Majlis Perhubungan Islam Amerika (CAIR) mengalu-alukan ikrar Obama untuk menjalinkan hubungan lebih baik dengan dunia Islam.
“Kami berharap kenyataan positif itu diiringi dengan perubahan dalam dasar Amerika terhadap dunia Islam, akan membantu memperbaiki imej negara kita dan membawa kepada masa depan yang lebih selamat dan makmur untuk seluruh umat manusia,” kata Pengarah Eksekutif CAIR, Nihad Awad.
Ahli Kongres Islam pertama AS, Keith Ellison berkata, kenyataan Obama itu merupakan tanda muhibah penting kepada umat Islam di AS dan serata dunia.
“Saya yakin ikrar beliau itu boleh menjejaskan usaha al-Qaeda untuk menarik anggota baru kerana mesej mereka bergantung kepada kejayaan memburukkan AS sebagai negara yang memusuhi Islam dan dunia Islam,” kata Ellison.
Tokoh Demokrat dari Minnesota itu percaya usaha Obama kelak untuk mengeratkan hubungan dengan dunia Islam akan menyukarkan al-Qaeda untuk terus menyebarkan mesej anti-Amerika. – Reuters
Wednesday, January 21, 2009
Harga minyak kekal
Menurutnya, ini memandangkan harga purata minyak mentah bagi tempoh dua minggu pertama bulan ini masih di atas AS$43 setong kecuali beberapa hari di bawah paras AS$40 setong.
Tambahnya, kerajaan masih kekal dengan mekanisme penetapan harga minyak di Malaysia iaitu mengambil kira purata harga minyak mentah dunia setiap dua minggu.
“Dari 1 hingga 15 Januari lalu, harga minyak mentah di atas AS$42 setong dan cuma ada beberapa hari ia turun di bawah AS$40,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina di Pasar Besar Alor Star di sini hari ini.
Shahrir mengingatkan, penurunan harga minyak dunia turut memberi kesan kepada pendapatan Petronas yang menyebabkan kerajaan juga tidak boleh bergantung kepada syarikat itu semata-mata.
“Kita harus terima apabila harga minyak mentah turun, pendapatan Petronas juga jatuh dan kerajaan kena ambil cukai untuk menggantikan pendapatan Petronas.
“Ketika harga minyak tinggi, untung banyak dan kita boleh guna pendapatan Petronas untuk beri subsidi,” katanya.
Sementara itu, Shahrir menjelaskan, kerajaan berpendapat tiada keperluan melaksanakan sistem dua pam di semua stesen minyak di kawasan sempadan pada masa ini bagi membezakan penjualan bahan api itu kepada kenderaan tempatan dan asing.
Beliau berkata, ini kerana tiada perbezaan ketara harga minyak di negara ini dengan harga di Thailand ketika ini.
Katanya, keadaan itu sekali gus membantu mengurangkan masalah penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran.
“Apabila harga runcit lebih kurang sama dan tiada elemen subsidi yang membezakan harga minyak, masalah pembelian berlebihan oleh kenderaan asing tidak timbul,” katanya.
Pada Jun 2008, kerajaan mengumumkan pelaksanaan cadangan sistem dua pam itu bertujuan memastikan minyak bersubsidi hanya dijual kepada rakyat tempatan manakala rakyat asing perlu membeli pada harga sebenar di pasaran.
Menurut Shahrir, masalah penyeludupan petrol dan diesel pada masa ini berkurangan dengan ketara selepas penurunan harga minyak mentah dunia.
Harga gula naik bulan depan?
“Kita belum putuskan sama ada kekal atau naikkan harga. Sama ada naik harga dengan peratus yang kecil atau besar, ia akan dilakukan berperingkat-peringkat,’’ kata Datuk Shahrir Abdul Samad.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, harga pasaran gula pada masa ini ialah RM1.45 sekilogram.
Beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga selaras dengan pembaharuan kontrak pengimportan gula yang menyaksikan negara pembekal menaikkan harganya.
Menurut beliau, keputusan mengenai perkara tersebut akan dimuktamadkan selewat-lewatnya selepas perayaan Tahun Baru Cina ini.
“Kita import gula secara kontrak setiap tiga tahun. Harga gula bagi kontrak baru adalah lebih tinggi berbanding kontrak yang lama, jadi kita sedang kaji mengekalkan harga lama atau menaikkan sedikit.
“Kementerian akan mengumumkannya dalam masa terdekat, mungkin selepas perayaan Tahun Baru Cina,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesihatan dan Bahaya Gula di pasar raya besar Carrefour di sini hari ini.
Kempen anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim dan Presiden CAP, SM. Mohamed Idris.
Shahrir berkata, kerajaan terpaksa mengimport gula secara kontrak jangka panjang bagi memastikan bekalannya sentiasa mencukupi terutama pada musim-musim perayaan.
Tuesday, January 20, 2009
mengenang karya seniman agung....episod 3
rumah yang kau cakap dulu tu da ade org tinggal belum...."ah rumah yang mana tu"..yang kau cakap tu.."rumah yang itu ade kosong lagi,tp kalau kita apply dapatla"...haahha....enjoy..!!!!
mengenang karya seniman agung....episod 2
mengenang karya seniman agung....
penatnya training....episod 2
aku..???mcm besa la...mstla belakang sekali..tekak kering sangat2...semangat kawan2 yg kuatkan aku tadi..kalu ikut mental seniri..memang da down...tp kengkawan duk jerit..
"come on fiq...come on..."...dtg balik semangat tuh...
UTM FC 2008/2009
belakang dari kiri :
coach sham,afiq,baha,nas,lan,papa(pengurus),kavi,acid,din,amir,jani,coach amir,coach khai
depan dari kiri : apat,misai,jamil,syuk,anip,usop,faqhri,ayam,aqil,capt,li
kenapa dengan harini....
mula2 pagi tadi bangun kul 815..kelas kul 8 tu...apa lagi..melompat ar kan...(tula..pas subuh jgn tido)....pas kelas tu..ak jmpa lecturer nak tanya ttg sign utk borang projek tu..melompat aku sekali agi..bila lecturer tetiba menimbulkan isu yg mengejutkan..."mana bole tukar tajuk"..ah sudahh...da dia suh ikut dia jmp kj mice...fuhh..time yg sama ade kelas tu..serabut aku da dtg masa tu da...mm..nasib baik dia suh aku gi kelas tu dulu..masuk kelas yg satu agi tu..fokus aku memang ilang la kan...masehla pd sesapa yg sudi melayan sms aku...balik tu gi plak kat motor..kali ketiga melompat..ade 'surat chenta' dari pak gad...arghh....tp memang salah aku gak la kan..sapa suruh parking kat tmpat staf...(abih tu da lewat gi kelas..paking tu kosong...masuk je ar ikut dan)...pastu abih tu gi la rinbow nk beli stok kad utk print kad kawen...STOK PLAK ABISH...!!!memang tak la kan arini..adoiyai...pas tu aku gi beli lunch terus...
mmm...nasib baik perjalanan tengahari sampai ke waktu aku tulis blog
ni agak ok..tadi smpat jmpa lecturer tu agi...dia kata awk kena
(STRESSSS...)
continue ngan tajuk lama..so pasrah la aku..ade lagi 10 minggu kot nak struggle utk tajuk tu....berikan aku kekuatan...pastu dpt msg plak..mlm ni ade jamuan utk semua volunteer AUG..kat KL plak tu..huhuh...takpela..takde rezeki nak jmpa kengkawan AUG...enjoy ar suma ek..jgn lupakan aku..!!!!
penatnya training....
Saturday, January 17, 2009
Jom jalan-jalan UTM
asyura @ ktc
pastu aku nek ke dataran..ade beberapa jejaka gagah dok menggoreng nasi...tak sempat plak nak rasa kan nasi goreng itu..tp takpela..dari kalernya ak tgk sedap.....tambah plak si wan jj yang menggaulnye kan.......
hhhuh...so semoga berjaya prog malam ini....sambil2 kita berprog..ingat2jugala pd saudara2 kita di palestin....salam...
Monday, January 5, 2009
Asean University Games 14 Kuala Lumpur
Satu pengalaman yang lain daripada yang lain dan pastinye lebih hangat daripada biasa...daapt berkenalan dengan sukarelawan yang datangnye dari ipta si seluruh malaysia...satu perasaan yang tak dapat digambarkan..
aku ditugaskan utk jadi LO utk sukan Pencak Silat bagi kontinjen Indonesia..satu sukan yang tak pernah aku tau camne cara permainannya..mula2 terasa macam nak tukar sukan je..tapi pikir2 baliktak slah utk aku belajar ttg sukan yang lain kan...so aku teruskan memandangkan perjumpaan pertama ak ngan lo2 silat yg len sangat meng havoc kan..huhuhu...
then kami plan utk pegi tgk venue kat um.untk kenal suma tempat kat sana..tandas ke..kafe ke..toilet ke kan...senang utk kitorang nanti..
venue aku kat Dewan Canselor UM...so kami ber5..(aku..fariq...nida..sufi...ad n hanis...) gerak ar ke sana..sambil saje2 jalan2 kan...atleast kami da ready awal utk bawak kontinjen ke sana...
aku mengharungi 2 lagi kursus utk kami para2 n sang2 lo yg nak bertugas..so masing2bertukar2pendapat ttg apa itu lo...ad juga konflik yang timbul kan..tp alhamdulillah dpt diselesaikan wpun mungkin ade berlaku ketegangan urat..hihih...besa la tu dlm program kan..
so bila hari yang ditunggu da tiba...masing2 da excited....masing2 sibuk..nak ke klia utk sambut atlet...bila atlet da sampai je then..keje pn bermula..nak stlekan pengangkutan...makanan(tak away or buffet)..dll mslh yang timbul..satu perkara yang makin mematangkan aku dlm cara untuk berurusan dengan org yg luar dari utm...mslh yang timbul diselesaikan..kami berbincang sesama seniri..utk melancarkan perjalanan prog...sepanjang aug kan aku rasa sokongan aku terhadap kontinjen indonesia sangat tinggi la..wpun kami lo dipesan supaya jgn wat begitu..tp kami lo indonesia tak dpt jd fair...hhihi....keakraban kami ngan atlet sangat kuat...
bila tiba bab perasmian..aku terasa sangat teruja...masa rehearsal je pun da meremang bulu roma..n aku tumpang bangga ngan dak2 yg trlibat ngan perasmian..m aku sbg usher terasa sangat bangga bila dpt jalan sama ngan kontinjen indonesia masa perbarisan perasmian tu..sempat ar gak masuk tv kan...hihih...tp keterujaan aku tu sangat tinggi..tak dapat nak digambarkan...
hari demi hari kitorang lalui..ikut atlet gi game..ap yg depa rasa...kami pn rasa gak..depa menang kami happy..depa kalah kami pn rasa gak...bole kata suma lo pn terrasa gak ar kan...bila sampai hari2 terakhir tu kan..sua perasaan bercampur baur..sedih..hapy..bangga..sebab at least dapat berbakti utk malaysia menganjurkan asean uni games ni...masa anta atlet ke klia tu..ak tahankan aje perasaan sedih ni kan..hope depa tak lupa ar kat kami suma kan... semoga ketemu lagi ya..