Sunday, March 29, 2009
Pesta Konvokesyen UTM ke 42...antara yang menarik hari ini...
Semalam hari yang paling pack .10aktiviti dijalankan membabitkan semua pihak.petandingan mewarna dengan penyertaan lebih daripada 300org kanak2...kita ada anak2yatim daripada muar..pertandingan berunsurkan keusahawanan masih diteruskan...pertunjukan seni bela diri masih mendapat sambutan dan akhirnya malam perasmian yang berjalan dengan lancar alhamdulillah...
HAri ini...
pagi ni ada jrobik...autoshow...pertandingan fesyen kanak2...dan saringan 7th rythm of champion..clash of the century...sehingga ke malam nya...
menanti esok...
pertandingan teh tarik...
malam 60an...
dll lagi..
Friday, March 27, 2009
Pesta Konvokesyen UTM ke 42...antara yang menarik hari ini...
Salam...bagi mereka yang tak berkesempatan untuk ke tapak pesta konvo utm ke 42 semalam...da berlangsung Festival Nasyid UTM dengan kerjasama MSI....TheEuophonous (betoi ka ejaan ...) jadi champion untk pertandingan malam tadi...TAHNIAH..!!!!....petang nya hampir 200orang pelajar sekitar johor bahru da mengikuti seminar spm bersama cikgu amid...SERONOK..!!!....Da AParintis II berlangsung meriah juga...peserta masing2 cuba memikat pengunjung untuk beli barang tajaan ADABI....!!!
Menarik hari ini...
Pagi ni semua pameran berjalan seperti biasa...petang ni jom ramai2 kita turun untuk menyaksikan persembahan palapes dan PULADA...dia bawak turun 30 ekor hanjinggg perang dia....kelainan yang ditunjukkan pada tahun ini...jangan lepaskan peluang...malam nya kita akan ada Forum Perdana..ahli panel...prof izi hot fm,ustzh salbiah omar dan wakil aman palestin ustz ahmedi gitu namanya...so JOM RAMAI-RAMAI....
Monday, March 23, 2009
Pesta Konvokesyen UTM ke 42
Padang Kawad UTM
pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda..dan banyak hadiah untuk dimenangi...
Jom ramai-ramai...kita ke padang kawad...
Mari Menenangkan Otak bersama Uncle Ah Chan...Episod 2
Lawak 2
Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.
Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu tipuan-tipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.
“Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!”
“Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!”
“Hey… semua daun terupnya,daun A !! “
Si ahli silap mata sangat jengkel tapi tidak dapat berbuat apa-apa.
Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli
silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si
burung kakak tua.
Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata “OK… saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??”
Friday, March 20, 2009
Mawar Berduri...Episod 4
“Itu natijah cinta kerana Allah. Kak Asrar bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah. Ciri-ciri yang akak maksudkan itu adalah cara bercinta itu sendiri yang dikatakan kerana Allah,” Khazinatul Asrar makin membuka minda mereka.
“Apa pendapat Kak Asrar tentang itu?” Sayyidah minta kepastian.
“Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan.
Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga, apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika percintaan.”
“Tapi, takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi ni?” getus Yusro
“Kalau dah tak tahan apa salahnya…tapi, kalau rasa masih tak sedia, baik jangan berani untuk bercinta lagi,” nasihat Khazinatul Asrar.
“Kalau dah terjebak macam Ziana ni?” gerutu Roziana.
“ Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa ianya boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan cinta tu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dari–Nya. Allah Maha Penyayang,” jelas Khazinatul Asrar.
“Praktikalnya?” Roziana mahu lebih jelas.
“Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya… Buatlah secara perlahan–lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Kak Asrar faham, Ziana perlukan masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak apalah…selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah,” senyum berputik di bibir.
Kemudian barulah Khazinatul Asrar masuk pada silibus usrah. Dia gembira dengan amanah sebagai Naqibah lantaran menyedari taklifan itu pernah terpikul di bahu Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tercetus dirumah Al-Arqam bin Abi Al–Arqam. Dia tidak mahu terasing daripada golongan orang–orang yang sanggup meneruskan kesinambungan wasilah tarbiyyah Rasulullah.
Thursday, March 19, 2009
Mari Menenangkan Otak bersama Uncle Ah Chan...wee~~~
Lawak 1
Juliana : “Abang Mie… Jom la datang rumah… saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi..”
Helmi : “baiklah malam esok abang pergi tau… nanti pandai la abang tipu isteri abang tu..”
Juliana : “Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face.”
Helmi : “Alamak… yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak”
Juliana : “Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?”
Helmi : “oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup”
Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam inikerana ada mesyuarat penting… dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..
Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya… isterinya sudah tidur… Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan… dan berkata…
“Kenapa kau tak balik lagi Jalil… kejap lagi suami akak balik…!!”
***moral of the story..jangan curang...!!!
Jangan suka-suka plan nak kahwin...
bilang baper... tapi biar lah patut-patut. ... selalunya yang belajar
tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan
saya.... harap harap paham jerlah~"
Emak kepada Mat : "Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah
yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah
dicepatkan biar jauh dari maksiat..."
Emak kepada Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku...
ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak
tuh... apa nanti orang cakap..."
Mat : "Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam
gini.... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak
makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua
BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah
LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua
MAKCIK boleh simpan!!"
Gelak?? Terperanjat? I was a witness there. This really happened da.... Sounds funny but if u were there confirm lost kejap.... what happened next was an UGLY scene.... bertikam lidah sampai 3 lelaki bengap datang step hero. Dorang pon kena maki terok2 dgn 'Emak kepada minah' tu. (",)
lupa akan amanah yg dijanjikan sblm dikurniakan anak itu. Subhanallah.
***Artikel di perolehi daripada kiriman seorang rakan kepada saya.sekadar renungan kita bersama...
UTM vs UM di UTUSAN MALAYSIA
Bola sepak: UTM tundukkan UM 2-1
JOHOR BAHRU 17 Mac - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menewaskan Universiti Malaya (UM) 2-1 pada perlawanan bola sepak divisyen satu Liga Universiti 2008/2009, baru-baru ini.
Kejayaan bermakna itu terus mengukuhkan kedudukan UTM untuk mengekori rapat pendahulu liga, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan tiga mata.
Selepas mengharungi empat perlawanan, UPSI kini unggul dengan mengumpul 10 mata, manakala UTM mengutip tujuh mata.
Pada perlawanan itu, tuan rumah bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi penyerang, Zulkifli Ishak pada minit ke-20.
Penyerang yang semakin meningkat naik itu terus mempamerkan bisanya apabila berjaya menambah jaringan pada minit ke-35 bagi UTM untuk terus mendahului lawan.
Namun kegembiraan UTM tidak bertahan lama apabila dua minit kemudian, UM bangkit merapatkan jurang gol menerusi Mohd. Nasharudin Zakaria untuk menjadikan kedudukan 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Sebaik separuh masa kedua bermula, pasukan pelawat terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah, namun ketangkasan penjaga gol, Norazreen Muhammad mengecewakan UM.
Ketua pasukan UTM, Ahmad Syukri Azizan berkata, kejayaan pasukan mereka itu hasil komitmen tinggi yang ditunjukkan semua pemain dan berkat mengikut setiap arahan jurulatih.
Dia yang merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Mekanikal memberitahu, kemenangan itu juga merupakan saat manis untuk dikongsi bersama sebelum sebahagian pemain menamatkan pengajian mereka Mei ini.
Tuesday, March 17, 2009
Kedudukan Liga Premier Masum Unileague 2009
(sehingga 14 mac 2009)
MASUM UNI-LEAGUE 2009 | |||||||
PASUKAN | P | M | S | K | J | B | M |
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | 4 | 3 | 1 | 0 | 10 | 5 | 10 |
Universiti Multimedia Malaysia (MMU) | 4 | 2 | 1 | 1 | 10 | 5 | 7 |
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) | 4 | 2 | 1 | 1 | 8 | 7 | 7 |
Universiti Teknologi MARA (UiTM) | 3 | 2 | 0 | 1 | 8 | 3 | 6 |
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) | 4 | 1 | 1 | 2 | 9 | 14 | 4 |
Universiti Malaya (UM) | 4 | 1 | 1 | 2 | 4 | 8 | 4 |
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) | 4 | 1 | 0 | 3 | 6 | 10 | 3 |
Universiti Putra Malaysia (UPM) | 3 | 0 | 1 | 2 | 5 | 8 | 1 |
Penjaring bagi pasukan UTM
5gol - Zulkifli
2gol - Izad
1gol - Hazwan
Baki perlawanan UTM
vs UniKL (home)
vs MMU (away)
vs UPSI (home)
*semua perlawanan berlangsung semester hadapan
Saturday, March 14, 2009
Keputusan Masum Unileague - 14 Mac 2009
Friday, March 13, 2009
12jam sebelum sepak mula...
harapan aku..semoga utm menang utk game esok petang...sebelum liga berehat n bersambung sem depan...untuk semua kawan2sepasukan...kekalkan semangat kita..tetapkan matlamat...pasti kita menang...
untuk semua warga UTM..ramai2turun untuk menyokong pasukan bolasepak kita...
UTM vs UM
Padang Tapak UTM Skudai
5.00 petang
Mawar Berduri...Episod 3
untuk memberi penghormatan kepada kakak Naqibah kesayangan mereka, merangkap salah seorang perwakilan pelajar yang dihormati dan disegani. Halaqoh usrah yang diadakan setiap minggu itu sering mereka nanti–nantikan kerana eratnya simpulan ukhuwwah yang terjalin sesama mereka.
Seperti biasa, majlis itu dibuka dengan Ummul Kitab dan tafsiran beberapa potong ayat suci Al –Quran sebelum memulakan silibus usrah.
“Lihat surah Al –Maidah(5) ayat 41,” arah Khazinatul Asrar. Semuanya mula membelek tafsir Quran masing – masing.
“Biar saya bacakan…” Yusro menawarkan diri tanpa perlu diminta.
“dan saya bacakan tafsirnya…” Sayyidah tidak mahu terkecuali. Khazinatul Asrar tersenyum lembut sambil mengangguk. Lalu, beralunlah suara merdu mereka.
“Baiklah, dalam ayat yang dibacakan tadi, Kak Asrar nak highlightkan firman Allah yang bermaksud : ‘barangsiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka kamu tidak akan sesekali dapat menolak sesuatu pun (yang datang )dari Allah. Mereka itu adalah orang–orang yang Allah tidak mahu menyucikan hati merek. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan akhirat kelak mereka beroleh azab yang pedih.’ Sodaqallahul Azhim.
Tafsir ayat ini menjelaskan jika seseorang sudah terbiasa mendengar kebatilan dan menerimanya, ia kan menghijab dirinya dari kebenaran. Hatinya dibiarkan angguk pada kesesatan. Dia menerima kebatilan dah tentu dia sebenarnya menyukainya. Akibatnya, ketika kebenaran datang tanpa memenuhi seleranya dia menolak dan mendustakannya. Why not? Hatinya dah gelap dan tak nampak lagi cahaya Allah. Sebagai alasan, Allah biarkannya terus dalam kesesatan dengan tidak memancarkan hidayah-Nya ke hati–hati mereka. Contohnya, apa yang dilakukan oleh kelompok Jahmiyah terhadap ayat–ayat dan hadis–hadis yang berkenaan dengan asma’ dan sifat. Mereka menolak ayat-ayat dan hadis-hadis itu dengan ta’wil mereka sendiri. Ikut selera mereka. Jesteru, Allah biarkan mereka dalam kesesatan kerana azab akhirat yang menanti itu sesungguhnya lebih pedih lagi.
Kita sepatutnya sentiasa menyucikan hati kita kerana hati adalah raja yang memerintah seluruh amalan. Jangan biarkan ianya dinodai oleh titik hitam. Apatah lagi membiarkan ada kebatilan yang masih bersarang disitu, walaupun sedikit. Sentiasalah beristighfar dan zikir qolbi untuk menyucikannya kerana manusia sering membuat kesilapan.” hurai Khazinatul Asrar.
“That means, mereka di dalam ayat itu bukan dikhususkan kepada satu kaum tertentu jea, kita pun boleh masuk sekali, kak Asrar, kan?” soal Yusro yang agak aktif orangnya. Minta kepastian.
“Betul tu. Kalau dilihat tafsir ayat secara keseluruhan, mereka difokuskan kepada orang – orang Yahudi yang mengubah kitab Taurat dan mendustakan ayat–ayat Allah. Namun orang Islam sekalipun yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak beramal dengannya sebaliknya memilih kebatilan sebagai cara hidup samalah sikapnya dengan orang–orang Yahudi laknatullah. Hatinya akan berselaput dengan noda hitam kerana sudah sebati melakukan kesilapan hingga akhirnya sukar untuk menerima kebenaran yang dia imani sebelumnya.
Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah S.W.T untuk terus lalai dan jauh dari –Nya, sebagaimana ingatan Allah dalam Al-A’raf (17): ayat 179 yang bermaksud :
“dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai…’
Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda :
‘Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat.’
Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang jea. Biasanya ianya akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersedia,” jelas Khazinatul Asrar lagi.
“Kak Asrar, adakah bercinta kerana Allah itu melalaikan?” Nur Fatihah mencetus persoalan. Khazinatul Asrar tersenyum. Topik cinta sering menjadi masalah utama adik–adik usrahnya selama dia bergelar Naqibah.
“Apa pendapat Syaqiera?” Khazinatul Asrar memberi peluang untuk mengemukakan pandangan.
“Iera rasa ianya tak melalaikan! Bagi Iera , itulah cinta sejati. Cinta kerana Allah biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan lahirkan zuriat yang soleh,” jawab Syaqiera, petah.
“Juliea pula bagaimana?” Khazinatul Asrar bertanya lagi.
“ Juliea pun setuju dengan Iera! Apa sahaja perbuatan yang dibuat ikhlas kerana Allah, mesti benda tue baik,” yakin jawapannya. “Tapi Kak Asrar…
Ziana confuse tentang cinta tu…” Roziana mencelah. “Confuse? Boleh kongsi?” Khazinatul Asrar bernada lembut. “Ziana tak malu nak berkongsi pengalaman Ziana. Ziana dicintai oleh seorang lelaki yang soleh orangnya. Dia betul–betul nak jadikan Ziana teman hidupnya selepas tamat belajar nanti. Bagi Ziana, cinta kami kerana Allah. Tapi…setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Ziana rasa hati Ziana semakin jauh daripada mengingati Allah. Kalau dulu hati ini sering berzikir, tapi kini sering ingat namanya sahaja. Rasa macam hati ini kotor. Hari – hari kami saling call. Lebih parah lagi bila hati ni sering memujuk untuk berjumpa dengannya selalu,” luah Roziana.
“Kenapa cinta yang dijalin kerana Allah pun melalaikan?” keluhnya lagi.
“Najah rasa, cinta memang melalaikan, cinta kerana Allah tu hanyalah nama hiasan untuk menafikan kelalaian cinta,” Nik An-Najah bersuara tegas.
Syaqiera mengkeriukkan dahi. Tidak tenang dengan kenyataan setegas itu.
“Okey, Kak Asrar nak tanya, apakah ciri–ciri cinta yang adik–adik anggap adalah cinta kerana Allah?” Khazinatul Asrar cuba membuka minda.
Wednesday, March 11, 2009
Mawar Berduri...Episod 2
Dari tangga kamsis lagi, lagu favourite Hijriah itu bergema kedengaran. Kuat sekali. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya dan terus menyusun langkah menuju ke biliknya tyang terletak di barisan ketiga, level 1. Tidak syak lagi, irama nasyid dendangan In-team itu memang datang dari biliknya. Dia dapat menduga bahawa Hijriah pasti ada di dalam bilik.
“Assalamualaikum, Hijriah. Asrar balik nie!” pintu yang tidak berkunci itu dikuaknya perlahan–lahan. Salamnya tiada jawapan. Didapatinya Hijriah sedang tidur dengan bantal ditelangkupkan diatas kepala. Kipas siling berputar ligat dengan penunjuk mengarah full. Lagaknya bagaikan orang yang ada masalah.
Khazinatul Asrar memperlahankan volume radio kerana bimbang mengganggu penghuni lain. Serentak dengan itu Hijriah terjaga dari lenanya yang mungkin tidur – tidur ayam sahaja.
“Eh, Asrar dah balik rupanya…” Hijriah berkata lembut sambil membetulkan kedudukan bantalnya. Khazinatul Asrar mengukir senyuman. Perlahan–lahan dia menghampiri Hijriah dan duduk di sebelahnya. Tangannya menjamah dahi Hijriah.
“Tak panas pun!” kata Khazinatul Asrar perlahan.
“Sejak bila pula saya demam?” balas Hijriah bersahaja.
“ Habis tue kenapa tak datang kuliyah pagi nie?” tanya Khazinatul Asrar pula.
“Err…topik baru ke hari nie?” Hijriah cuba mengalih perbualan.
“Hijriah…saya tanya nie!” Khazinatul Asrar tidak mahu Hijriah menyembunyikan sesuatu. “Kenapa nie?” Khazinatul Asrar memujuk lembut.
“Tak ada apa–apa…betul!” Hijriah masih membuat aksi selamba.
“Habis tue, pagi tadi awak bersiap–siap bukan untuk ke kuliyah?”
Khazinatul Asrar masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hijriah.
“Saya ke Mini Market. Beli Coklat Dairy Milk 10 packs untuk hilangkan tension,” jelas Hijriah berterus–terang.
“Kalau tak percaya, tengok dalam basket tu. Penuh plastik coklat, kan?!” Hijrah menguatkan kenyataannya.
“Hilangkan tension dengan coklat??? Hijrah yang saya kenali biasanya menatap Al- Quran bila ada masalah,” getus Khazinatul Asrar masih curiga.
“Saya tak ada apa- apa. Percayalah Asrar! Saya Cuma tension sikit saja pagi tadi…sekarang dah okey,” sambil bibirnya mengukir senyuman hambar.
“Kenapa tension sampai ponteng kuliyah?” Khazinatul Asrar terus bertanya. Hijriah terdiam.
“Ada masalah ye?! Kongsilah…” pujuk Khazinatul Asrar lagi.
“Tak ada lah…. mungkin nak period kot sebab tulah rasa tension,” Hijriah terus berdalih.
“ Period? Bukankah baru seminggu lepas….” Khazinatul Asrar mencelah. Mematahkan alasan yang mungkin sengaja direka–reka.
“Hijriah, kalau ada masalah, saya sentiasa bersama awak. Saya sentiasa sedia mendengar apa saja. Janganlah macam ni…” Khazinatul Asrar masih tidak jemu memujuk sahabatnya.
Raut wajah Hijriah jelas menyembunyikan sesuatu. Dia tetap enggan menceritakannya kepada Khazinatul Asrar. Tidak seperti selalu. Dia sebenarnya seorang yang ceria dan berterus – terang. Namun, tidak untuk kali ini….
“Alah Asrar nie…lupakanlah perkara tue. Lain kali, saya janji tak ponteng kuliyah lagi,” Hijriah seolah – olah mula bosan dengan desakan Khazinatul Asrar.
“Betul tak ada apa- apa ni?” Khazinatul Asrar cuba menduga lagi.
“Awak dah tak percaya saya lagi ke?” kata Hijriah seakan merajuk.
“Okey,okey.. kali nie awak boleh sembunyikan sesuatu dari saya, tapi esok–esok tidak lagi, tau!”
“Oh, ya! Nie nota Tsabit tentang topik hari ni. Awal pagi esok ada presentation,” sambil nota bersampul biru itu diserahkan kepada Hijriah. Mata Hijriah sedikit terbeliak. Tangannya pantas menyambut dan membelek – belek buku nota tersebut.
“Tsabit suruh berikan kepada saya?” tanya Hijriah minta kepastian.
“Emm…” Khazinatul Asrar menjawab ringkas. Malas diceritakan kembali peristiwa tadi. Pemuda itu sering membuatkannya geram hinggakan dia terasa malas menyebut nama itu berulang kali.
“Kenapa tiba–tiba saja Tsabit boleh teringatkan saya? Pelik ni!” Hijriah bertanya sambil tangannya terus membelek–belek nota itu.
“Dia sukakan awak kot….” Khazinatul Asrar cuba mengusik, sengaja mahu melihat reaksi temannya. Tiada respon marah. Sebaliknya Hijriah mula tersenyum – senyum sendiri.
“Ish, lain pula jadinya…” Bisik hati kecil Khazinatul Asrar.
“Asrar, dia tak cakap apa-apa tentang saya?” Hijriah nampak semakin berminat bertanyakan Tsabit. Khazinatul Asrar menarik nafas. Dia mula mencari alasan untuk menyegerakan dirinya bebas dari bercakap pasal Tsabit.
“Tengah – tengah hari nie, saya nak tidur qoilulah dulu lah. Lepas zohor nanti, saya ada usrah. Petang ni pula ada meeting. Lain kali sajalah kita cakap pasal dia!” badannya terus direbahkan ke katil sambil mata dipejamkan. Sengaja diceritakan aktiviti–aktivitinya pada hari itu untuk menagih simpati Hijriah agar mengizinkannya berehat. Hijriah mencebik bibir sambil fikirannya menerawang jauh. Entah ke mana. Wajahnya kembali berserabut kerana memikirkan sesuatu.
Keputusan Masum Unileague - 7 Mac 2009
UTM turun sekali lagi dengan jersi tradisi serba biru bermain dengan formasi 4-5-1 sekali lagi namun utm turun tanpa pemain harapan mereka izad yang tidak mendapat pelepasan untuk bermain. utm menurunkan semula pemain pertahanan mereka jamil dan menggantikan tempat izad dengan engku hisyam, utm bermula dengan cukup baik apabila mendahului uitm seawal minit ke2 hasil jaringan penyerang hazwan yang membias kepada pemain pertahanan uitm.gol itu berpunca hasil daripada jamil yang menghantar tinggi melepasi pemain pertahanan utim dan disusuli rempatan padu hisyam yang terkena tiang sebelum disambung oleh hazwan. gol itu bagaimanapun tidak mengganggu rentak permainan uitm yang kelihatan cukup mantap di setiap posisi.corak permainan panjang yang ditunjukkan uitm membuahkan hasil apabila 5 minit selepas itu uitm menyamakan kedudukan hasil tandukan pemain mereka. perlawanan berlangsung hambar selepas itu sehinggalah pada minit ke42 apabila pemain pertahanan utm hanif dilayangkan kad kunin gkedua apabila dikatakan mengasari pemain uitm sekaligus menyaksikan utm bermain dengan 10 pemain.
separuh masa kedua berlangsung dengan utm memasukkan penyerang berbisa mereka li untuk cuba mencari gol pendahuluan. asakan mereka bagaimanapun tidak berhasil .sebaliknya uitm yang baru shj memasukkan pemain no11 mereka mendahului menerusi tandukan pada minit ke 63. kelalaian barisan pertahanan utm dihukum lagi dengan gol ke3 uitm apabila pemain no13 menjaringkan gol hanya 2 minit selepas itu juga menerusi hantaran lintang. dan uitm melengkapkan kemenangan mereka menerusi gol ke 4 pada minit ke 74 untuk menjadikan kedudukan 4-1.cubaan uitm untuk melebarkan jaringan tidak berhasil apabila penjaga gol utm azreen melayangkan badan untuk menyelamatkan pintu golnyad daripada dibolosi.
keputusan akhir..uitm 4 utm 1
Saturday, March 7, 2009
8 jam sebelum bertolak..
Sunday, March 1, 2009
Mawar Berduri...Episod 1
Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran.
“Apa yang aku curi?” bisiknya sendiri penuh kehairanan.
Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan kerja sendiri.
“Biarkanlah..!!” hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.
Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka, derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam
itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.
“Mana Hijriah?” getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa.
“Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…” hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertamu.
“Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?”
Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan.
Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.
“Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?” tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…
“Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!” Khazinatul Asrar bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.
Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dalam sedar mahupun tidak , fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan. Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?
Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah bermula.
Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia
selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun. Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.
‘Tomorrow…please present this topic. Assalamualaikum..’” Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang telah sejam berlalu.
“Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?” spontan Khazinatul Asrar menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya. “Kenapa Asrar?” Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin.
“Err.. nothing!” Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri mengemas buku–buku di hadapannya.
“Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!” Tsabit cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak diminta itu.
“Maaf, saya nak pulang dulu,” getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan Tsabit.
“Ish, sombongnya!” keluh Tsabit.
“Sombong pun sombonglah.. thanks!’” balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya.
“Nanti…!” halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak sanggup untuknya menentang renungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu-Libya itu. Dia hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat. Hatinya berzikir.
“Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie,” sambil tangannya menghulurkan sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.
“Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan yang lain,” balas Khazinatul Asrar. Menolak.
“Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah.” Tsabit masih tidak berputus asa. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Masih ada strategi lain!
“Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama saya nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision untuk presentation esok,” tegas Khazinatul Asrar.
“Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil karang, baru tau…” Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan.
“Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…” kata-kata Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong….
“Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi. However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah.” Tsabit bernada merajuk dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang sahaja yang menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah memandangkan perkataan ‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan.
Langkahnya disusun kemas untuk pulang ke kamsisnya. Lamunan tentang Hijriah hadir lagi, seolah–olah episodnya bersambung sejak dari dewan kuliah tadi. Hijriah belum pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia terlalu ingin tahu keadaan Hijriah di saat itu. Sakitkah dia? Khazinatul Asrar mula berasa bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini. Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM ( Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) sudah cukup membuatkan hari–hari yang dilaluinya terlalu padat dan singkat. Tenaga, wang dan waktu lapang banyak dikorbankan untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk menyiapkan assignment di Perpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan terbesar di asia tenggara. Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan sebijaksana mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggung jawab. Khazinatul Asrar menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna:
“…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada.”
Mawar Berduri...
Afiq Zainal..
~apa yang engkau cari selama ini...
SINOPSIS
Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman.Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu?dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…
Bingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan…
Buatmu…pencari cinta sejati, cinta yang abadi….
Terimalah….
Seindah Mawar Berduri…
***tulisan yang berwarna merah adalah yang AKU taip...yang lain suma dari karya pengarang...
Keputusan Masum Unileague - 28 Februari 2009
UTM akhirnya memecah kebuntuan apabila mendahului UPM hasil jaringan Izad pada minit ke 37. Gol berpunca daripada sepakan sudut faqhri dikeluarkan pertahanan UPM dari kawasan berbahaya. Namun bola itu singgah di kaki izad yang melepaskan satu lambungan melepasi jangkauan penjaga gol UPM. Gol itu nyata menyentap semangat UPM yang terus melancarkan serangan. Ianya berhasil apabila pada masa kecederaan, kelekaan pertahanan UTM menyebabkan pemain UPM berjaya melambungkan bola untuk memerangkap penjaga gol UTM, namun berjaya ditepis terkena palang dan susulan selepas itu menyaksikan bola ditanduk kemas ke dalam gawang yang sudah terbuka luas.Separuh masa pertama kedudukan terikat 1-1.
Separuh masa kedua, UPM mengeluarkan penjaga gol mereka akibat kecederaan. Keadaan padang yang semakin baik tanpa takungan air membuatkan kedua-dua pasukan dapat bermain mengikut taktikal yang dirancang namun masih buntu untuk menambah jaringan. Kedua-dua pasukan masing-masing memiliki peluang terbaik namun masih gagal untuk disudahkan. Keadaan tegang berlaku apabila pengadil melayangkan kad merah untuk kapten pasukan UPM,Amirul apabila sengaja memijak pemain UTM, Razalan.UTM mengambil peluang itu untuk mengasak kubu UPM namun UPM terus kebal mempertahankan kubu mereka. Peluang Izad untuk melebarkan jaringan disia-siakannya apabila merembat tinggi melepasi palang walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol sahaja. Zuhaimi juga mensia-siakan peluang apabila bole yang singgah di kakinya di dalam kotak penalti juga dirempat tinggi. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Dengan itu, UTM mengumpul 4 mata dari 2 perlawanan manakala UPM hanya mengutip 1 mata dari 1 perlawanan. Perlawanan pertama UPM menentang UiTM ditangguhkan akibat faktor cuaca.