Quote Of The Day

My Slide

Showing posts with label masum unileague. Show all posts
Showing posts with label masum unileague. Show all posts

Friday, March 13, 2009

12jam sebelum sepak mula...

salam semua...mungkin tajuknya hampir serupa...sekarang ni...hampir 12 jam before sepak mula untuk game ke4 masum unileague..mungkin game terakhir untuk aku if tak dapat ke fa cup nanti...macam2 perasaan ade dalam ati aku...tak dapat nak digambarkan...3tahun berada dalam utm fc..banyak yang aku pelajari...n tak mungkin aku dapat suma ni lagi bila aku da berada di luar nanti...

harapan aku..semoga utm menang utk game esok petang...sebelum liga berehat n bersambung sem depan...untuk semua kawan2sepasukan...kekalkan semangat kita..tetapkan matlamat...pasti kita menang...

untuk semua warga UTM..ramai2turun untuk menyokong pasukan bolasepak kita...

MASUM UniLeague

UTM vs UM
Padang Tapak UTM Skudai
5.00 petang

Sunday, March 1, 2009

Keputusan Masum Unileague - 28 Februari 2009

SKUDAI - Perlawanan MASUM UNI-LEAGUAE bagi Liga Premier telah diadakan semalam melibatkan pasukan UTM menentang pasukan UPM.UTM yang turun tanpa penyerang berbisa mereka Li akibat kecederaan telah bermain dalam formasi 4-5-1 dengan menggunakan khidmat pemain muda, adam sebagai pemain tengah. Hujan lebat yang turun ketika pemain sedang memanaskan badan agak mengganggu moral dan semangat pemain. Hujan lebat yang turun hampir 1 jam itu hampir menyebabkan perlawanan ini ditangguhkan. Namun, hujan yang semakin reda membuatkan kedua-dua pasukan bersetuju untuk memulakan perlawanan. Sepak mula dilakukan oleh UPM yang memakai jersi putih/hitam dari kanan ke kiri.UTM dengan jersi serba biru turun dengan misi membalas dendam keatas UPM yang menewaskan mereka pada musim lalu. Padang becak dan berair sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan. Kedua-dua pasukan bermain hantaran tinggi unuk mengelakkan bola tersangkut di dalam air. Percubaan demi percubaan dilakukan oleh kedua-dua pasukan. UTM melakukan pertukaran seawal minit ke20 apabila memasukkan zuhaimi dan mengeluarkan adam. Keadaan padang sebegitu rupa juga membuatkan perlawanan dicemari dengan beberapa kekasaran namun pengadil perlawanan bijak mengawal situasi.

UTM akhirnya memecah kebuntuan apabila mendahului UPM hasil jaringan Izad pada minit ke 37. Gol berpunca daripada sepakan sudut faqhri dikeluarkan pertahanan UPM dari kawasan berbahaya. Namun bola itu singgah di kaki izad yang melepaskan satu lambungan melepasi jangkauan penjaga gol UPM. Gol itu nyata menyentap semangat UPM yang terus melancarkan serangan. Ianya berhasil apabila pada masa kecederaan, kelekaan pertahanan UTM menyebabkan pemain UPM berjaya melambungkan bola untuk memerangkap penjaga gol UTM, namun berjaya ditepis terkena palang dan susulan selepas itu menyaksikan bola ditanduk kemas ke dalam gawang yang sudah terbuka luas.Separuh masa pertama kedudukan terikat 1-1.

Separuh masa kedua, UPM mengeluarkan penjaga gol mereka akibat kecederaan. Keadaan padang yang semakin baik tanpa takungan air membuatkan kedua-dua pasukan dapat bermain mengikut taktikal yang dirancang namun masih buntu untuk menambah jaringan. Kedua-dua pasukan masing-masing memiliki peluang terbaik namun masih gagal untuk disudahkan. Keadaan tegang berlaku apabila pengadil melayangkan kad merah untuk kapten pasukan UPM,Amirul apabila sengaja memijak pemain UTM, Razalan.UTM mengambil peluang itu untuk mengasak kubu UPM namun UPM terus kebal mempertahankan kubu mereka. Peluang Izad untuk melebarkan jaringan disia-siakannya apabila merembat tinggi melepasi palang walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol sahaja. Zuhaimi juga mensia-siakan peluang apabila bole yang singgah di kakinya di dalam kotak penalti juga dirempat tinggi. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Dengan itu, UTM mengumpul 4 mata dari 2 perlawanan manakala UPM hanya mengutip 1 mata dari 1 perlawanan. Perlawanan pertama UPM menentang UiTM ditangguhkan akibat faktor cuaca.

Monday, February 23, 2009

Keputusan Masum Unileague

Salam...berikut keputusan perlawanan pembukaan untuk utm bagi kejohanan masum unileague hari sabtu lepas. laporan penuh n rangkuman aksi entry lepas ni ye...

UTM (4) vs UPNM (1)


TAHNIAH UTM...!!!

Friday, February 20, 2009

8 jam sebelum bertolak..

salam...saat aku tulis entry kali ni...aku ade 8 jam agi before bertolak ke ukm-kolej keris mas..(kembali lagi ke keris mas)...macam2 perasaan aku alami skang...nervous..happy...takut pun ade...tp yang penting aku akan betolak ke ukm ngan minda yang kosong tanpa sebarang masalah..if ade..aku akan tinggal kat skudai...aku nak bagi full komitmen utk travel kali ni..ahakz...

quality of time utk family...quality of time ngan kengkawan utm fc...moga kemenangan berpihak kepada UTM FC...

JOM RAMAI-RAMAI...

UTM vs UPNM

21 Februari 2009
5 petang
Padang A ukm..(pavilion)




Thursday, February 19, 2009

kerisauan menjelang perlawanan pembukaan...

salam..arini ni tadi before aku masuk dewan...papa msg..."msg aku lepas setle keje ko"...

aku kotakan janji aku n msg papa after stle keje aku dlm dewan tuh..n papa meluahkan krisauan yang sama macam yang ade dalam kepala aku...risaukan keyplayer tak men hujung minggu ni utk openaing game lawan upnm...hanya kerana tak buat beep test n tak dapat nak ukur tahap fitness budak2 ni...mmm...

kebetulan aku jumpa dua org agi player...n aku bincang menda yang sama gak ngan diorang..n diorang pun memikirkan benda yang sama....2 hari menjelang game....60 jam sebelum kickoff...kami masih tak dapat bayangan 1st e yang akan diturunkan utk game nanti...tapi lepas bincang2 tu...kami sepakat utk tunggu n lihat je apa juga keputusan yang coach nak kuarkan nanti....

"...nak seribu daya..taknak seribu dalih..."

Monday, February 16, 2009

menanti dirimu...

jiwang gila tajuk arini...tapi aku memang sedang menantikan seseorang pun...bila la agaknya aku dapat jumpa dia kan...minggu depan la kot...tadi pn aku kol mama aku tanya da ada kat uma ke..mama kata belum agi..ish..makin tak sabar plak kan...takpela..ade rezeki..pasti akan ku jumpa dengan dirinya..

SEMINGGU MENJELANG PEMBUKAAN UNI-LEAGUE

mm...tinggal seminggu lagi..(sebenarnya tak sampai seminggu pun)..untuk ke perlawanan pembukaan unileague..mm...macam2 perasaan skang ni dalam ati..macam2 yang difikirkan dlm kepala...utm vs upnm..aku mengharapkan kemenangan supaya dapat membangkitkan semangat kami sepasukan..tapi upnm juga pasti hadir dengan semangat yang tinggi..naib juara taun lepas..tewas ngan mmu..ak pasti upnm hadir ngan semangat yang tinggi kan..askarplak tu..memang semangat juang tinggi punya..tkpela.apa2 pun..UTM...KAMI SUDAH SEDIA..!!!

UTM vs UPNM
padang a ukm bangi (pavilion)
5.00 petang
21 februari 2009

Tuesday, February 3, 2009

debaran makin hampir...UTM FC sudah sedia...!!!!

petang tadi macam besa skuad UTM FC turun training utk siri lepas latihan pusat...ntah nape tah masing2 macam terlewat turun....da nak kul6 baru dpat full squad...so kami jog sambil wat stretching...lepas tu ape lagi.."keeper asing.."...maka terpisahla keeper dari kelompok pemain lain..utk gi training ngan coach keeper...dekat hampir 1 jam training, so tamatla sesi latihan utk arini..after cooling sket..coach pun start cakap2...terangkan ap yang da dibuat ariini...then dia serah pada assistant coach utk cakap ap2 yang nak dicakapkan.."ok..game kita nak dekat da..skang saya nak umumkan jadual perlawanan kita.." dia pn umumkan jadual game utk Liga Bolasepak Universiti MASUM Unileague 08/09...berikut adalah jadual yang diperolehi...
UTM FC...KAMI DAH SEDIA...!!!

14 FEB 09 UTM VS UPNM - VENUE: UKM BANGI (KARNIVAL)

21 FEB 09 UTM VS UPM - VENUE: PADANG TAPAK, UTM SKUDAI

7 MAC 09 UTM VS UITM - VENUE: STADIUM UITM(MALAM)

14 MAC 09 UTM VS UM - VENUE:PADANG TAPAK, UTM SKUDAI

25 JULAI 09 UTM VS UNIKL - VENUE: PADANG TAPAK, UTM SKUDAI

1 OGOS 09 UTM VS MMU - VENUE: MMU CYBERJAYA

8 OGOS 09 UTM VS UPSI - VENUE: PADANG TAPAK, UTM SKUDAI

***jadual tertakluk kepada perubahan...

***** MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA *****