Quote Of The Day

My Slide

Tuesday, January 31, 2012

Anugerah Juara Lagu 26 - Teaser

Anugerah Juara Lagu 26

Halo semua...harini 31 Jan....2 hari selepas AJL26 berlangsung....Tahniah to all production team..to all team yang terlibat..tahniah to all winners...alyah...faizal tahir,hafiz,3 suara dan semua finalis..

edisi bergambar akan diupdate sebentar lagi...tunggu yea....

Monday, January 30, 2012

Dari Mana Anak Kecil Belajar Merampas dan Memukul?

Sedikit perkongsian utk semua ibu-ibu & bapa-bapa yang ada anak kecil. Kredit to Prof Dr Rozieta Shaary

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda, mengapa anaknya suka marah-marah dan merampas atau tidak mahu berkongsi barang dengan kawan-kawannya. Saya perhatikan anaknya itu dan memang ternyata dia seorang yang cepat marah-marah dan tidak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.

Saya bertanya kepada bu mudah itu, adakah sesiapa yang menjaganya yang suka marah-marah. Ibu itu menjawab tidak juga. Saya tahu jawapan itu tidak betul sepenuhnya. Saya dapat merasakan anak itu belajar berperangai seperti itu daripada orang dewasa di sekelilingnya.

Tidak lama selepas ditanya itu, saya melihat anak itu naik ke atas di mana ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira. Dia lalu mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru sesaorang, " Jangan gaduh-gaduh!" Bagi pendapat anda adakah dia melakukan ini semua hanya dari nalurinya atau ada sesaorang yang sering melakukan kepadanya begitu?

Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikas itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.

Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.

Friday, January 27, 2012

Anugerah Juara Lagu 26

wow..baru lepas briefing utk Anugerah Juala Lagu 26...teruja jugakla utk sekali lagi bekerja di AJL26..tp sebelum tu...weekend ni jugak 1st event utk activation..di selatan tanah air...ak harap ak dapat ceritakan ttg semua event yang ak pegi kat blog ni spy semua org boleh kembali mengikuti perkembangan ak..ahahah..(perlu ke..??))...

okeh..ptg ni berfutsal dulu sebelum balik...aiman balik dengan tokma..sbb ibunya mobile di PD..so sampai malam la jugak..lewat maalam la jugak smpai ke rumah...ap2 pun keep in touch yea..teruskan membaca cerita2ku di sini..!!!

bye.!!

Thursday, January 19, 2012

wow..!!!

wow...hampir nak habis da januari 2012..baru menjelma post pertama utk tahun baru ni...sekalung penghargaan buat rakan blogger Zarin aka Mumu krn menyedarkan kembali ku dari lamunan...

macam mumu tulis dlm blognya...nak tutup tapi bila baca post2 lama..jadi rindu pulak nak menulis...sebenarnya bnyk nak dikongsikan...cuma tak tertulis...

aku harap tahun baru ni semangat utk menulis akan kembali macam dulu...

go..!!!