Quote Of The Day

My Slide

Thursday, December 17, 2009

Tahniah Malaysia...Malaysia 1 Vietnam 0

Tahniah pasukan bolasepak kebangsaan diatas kejayaan merangkul pingat emas bagi acara bolasepak sukan sea laos malam ini. Jaringan tunggal yang dihasilkan, sudah cukup buat malaysia menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas acara bolasepak. apa2pun..tahniah malaysia...!!!

Wednesday, December 16, 2009

Karnival Bukit Jalil

Kawan2..disebabkan agak sibuk mengemas stor utk bersiap menjelang ofisku di renovate..so...utk karnival cuti sekolah ni, ak bagi gambar je la ek..eheh..








ha..baru2 ni karnival cuti sekolah da pun diadakan di perkarangan stadium nasional bukit jalil





Friday, December 11, 2009

Karnival Cuti Sekolah...


Jom meriahkan karnival cuti sekolah yg berlangsung sehingga 13 disember ini. karnival bermula seawal jam10 pg sehingga 6ptg ebrtempat di perkarangan stadium bukit jalil...!!!..

temui pelakon suara Upin & Ipin dan Ehsan di tapak karnival pada hari sabtu, 12dis2009...saksikan juga persembahan daripada pasukan pancaragam Victoria Institution pada jam 3ptg hari yang sama...juga jgn lepaskan peluang untuk bertemu dengan maskot Upin,Ipin, MeiMei dan Rajoo di sana...ada juga demo bagaimana Upin & Ipin dihasilkan daripada krew Les Copaque Production..

tidak ketinggalan persembahan daripada artis-artis seperti wana, dina, rizu, alif, dan bintang2 idola kecil musim pertama seperti wada,didi, dan afiq..
JUMPA DI SANA...!!!

Saturday, December 5, 2009

Anugerah Skrin 2009..Hikayat 1001 Malam

salam semua..sengaja nak tinggalkan pesan...huhuh....

malam tadi ak dpt peluang utk ke PWTC utk menonton live Anugerah Skrin 2009..mmm..ak sebenarnye tak pernah pn pegi ke anugerah2 yang macam ni punya style ni...n bila ada peluang ni ak taknaklah lepaskan peluang..

camne aku dpt tiket??actually aku dpt pas vip lepas menang fakta @ auta hot fm tu.so, ak dptla 4 pas vip utk ke anugerah skrin..n kebetulan plak, Les Copaque pn dpt jugak 10 pas yang sama sebab filem GENG ade dicalonkan dlm kategori filem.

Konsep 'Hikayat 1001 Malam' memang menarik.ditambah2lagi dengan kostum2 yang artis2 kita gayakan pada malam tersebut. peminat2 pun taknak kalah tu..turut serta nak menggayakan busana ikut tema...aku??..aku ikut ape yg tertulis dlm kad je..LELAKI : SUT...ahhahahaha

Afdlin Shauki & Fara Fauzana yang ditugaskan utk mengendalikan majlis pada aku, berjaya menceriakan majlis dengan celoteh2diorang. tak kurang jugak persembahan pembukaan dari Ono Nation Emcee..diikuti oleh persembahan2 yang lain..ade hattan,aizat,jac,lan typewriter,black dan persembahan penutup yg sememangnya memukau....daripada dato' siti nurhaliza. Ramai juga artis2 yang hadir ke majlis ni..antara yang sempat mata aku melihat..ade lisa surihani,farid kamil,diana danielle,fizo,awal, rizal af...team gerak khas,zizie ezzette, salina saibi, nabila huda, hans,nabil,irma,fizz + almy nadia...mmm...pendek kata, ramaila...huhuh...n pastinye suma hadir dengan busana masing2yang glamour gtu...huuhhu...


ni antara gambar2 yang aku snap dari kemera kecik yang aku bawak...gambar2 suasana dlm dewan merdeka belum ditransfer lagi.sekian dulu utk edisi kali ni..ak akan update utk siri 2 ek...ehehe


Tuesday, December 1, 2009

Ewah Ewah Sayang...!!! Laporan Penuh...

Lamanya tak menjengah ruangan menaip ni...sangat sibuk utk seketika menguruskan hal2 yang berkaitan dengan kerja...

Sebenarnya event ni di anjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Selangor pada 21 Nov 09 bertempat di Anggerik Mall Shah Alam. Event ni yang diberi nama Ewah..Ewah..Sayang ni melibatkan penyertaan daripada anak-anak murid dari seluruh negeri selangor yang belajar di tadika perpaduan.Kehadiran Team Les' Copaque Production adalah untuk mengacarakan majlis selain daripada membawa maskot Upin & Ipin untuk memeriahkan majlis. Kak Ros dan Fizi telah diamanahkan utk mengendalikan majlis sepenuhnya pada hari tesebut. Aktivit diselang seli dengan kemunculan maskot Upin & Ipin yg sememangnya ditunggu-tunggu kemunculan mereka..

ha..bila da muncul tu,ape lagi aktiviti mereka, mestila akan ade kuiz dan sedikit aktiviti dgn maskot. Upin & Ipin pada haritu sgt sporting melayan adik-adik.

beraktiviti bersama Upin & Ipin

Ewah..Ewah..Sayang ni terbhg kpd 2 bhgian iaitu, Persembahan dan Pertandingan Fesyen Kanak-Kanak. ha...adik-adik yang terlibat dalama persembahan ni jugak terdri daripd pelbagai kaum. memang 1 malaysia ...


sangat banyak persembahan yang berlainan jenis yag dipersembahkan pada hari tu.antaranya adalah ada kuda kepang, ade zapin,ade tarian bangra,tarian portugis, ada jugak choral speaking, dikir barat dan pentomen(betul ke ejaan ni)..

ni kira macam simulasi majlis perkahwinan

zapin..ewahhh...

ngajat...

adik india ni menari dangdut..BIAR BETUL...!!!

tgk la ending dangdut nih...

untuk bahagian kedua plak, ade pertandingan fesyen kanak-kanak pulak. yang menariknya adalah, pakaian yang masuk bertanding ni mestilah daripada bahan-bahan terbuang..nahh...lihatla hasilnya...

event yang tamat sekitar jam 4 ptg ni sangat memberikan satu pengalaman berbeza utk ak..seronok bekerjasama dengan warga2 JPN Selangor...diorang memang SPORTING...!!!

Tuesday, November 24, 2009

Ewah Ewah Sayang...!!!

Salam...lamanya tak dengar khabar kan??...bukannyanya menyepi..cuma agk sibuk sket utk seketika waktu nih...so, utk edisi kali ni,ak tinggalkan korang ngan beberapa keping gambar..laporan penuh akan muncul selepas ini...tadaaaa....!!!!




Monday, November 9, 2009

Tahniah Atok..!!!


Baru2 ni..atok telah dianugerahkan satu anugerah yang pd ak booleh diiktiraf sebagai sangat membanggakan...GEIE Award 2009..

majlis penyampaian anugerah ni telah diadakan di Junior Ballroom, Hotel Nikko dan seramai 10 orang penerima telah dipilih utk menerima award ni. sebenarnye kehadiran ak sebagai pengganti kepada kawan atok yang tak dapat hadir...tp sedikit sebanyak aku berbangga dapat jadi sebahagian daripada les copaque team yang dpt tgk lebih dekat atok terima award tu...hihi...antara yang pegi adalah shafiq,faren,zarin,fuad,keng sun,faiz,faizu,nazmi,udd,ida rahayu n kak ijan.selain tu, aunt fiza n husband jugak turut ade sama..

atok dengan anugerah yang diterima

anugerah telah disampaikan oleh timb menteri MOSTI iaitu YB Dato' Hj Fadillah Yusof..dan diacarakan oleh Dr Franki Ow..ak sangat kagum dengan cara dia kendalikan majlis nii...memang dia buat sangat banyak homework tau..ape2pun..majlis berakhir sekitar jam 11mlm ni diakhiri dengan lagu 'congratulaions' tu n sedikit minuman ringan...apple juice...suasana majlis berlangsung dlm keadaan meriah + korporat...sangat teruja aku....n biila dengar atok berucap, rasa berbangga dpt jadi sebahagian daripada Les Copaque family...

atok bergambar dengan YB lagi

atok bergambar dengan YB dan pemenang lain

n sebelum balik, kitorang delegasi Les Copaque sempat bergambar kat atas pentas...yeay...

delegasi Les Copaque

dan yang penting...dpt snap gambar dengan atok...berat gak piala tu tau...esklusif gila sebab ade nama personal tau...


p/s : gambar GENG 08:Pembunuh tikus...

yang ni versi edit...tq faizu editkan gambar nih...alalalal...