Quote Of The Day

My Slide

Thursday, March 24, 2011

Semalam yang hangat...UTM FC..

halo..halo..halo...amacam tajuk?..saja kasi teruja sket...semalam yang ak maksudkan kat tajuk tu lebih kurang macam kenangan dolu2 la...huhu...meh nak cite sket..

semalam ak memotorkan diri memusing2 area taman umah aku...bawak anak buah ku afiqah yang memang suka naik motor...minah rempit ni..n ak lalu la area padang bola..ternampak sekumpulan budak tgh training bola dengan gigihnya...terus ak teringat kawan2 sepasukan mase kat utm dulu..UTM FC...sekadar menyebut beberapa nama...Capt,Syuk,JB,Mirza,Usop,Apat,Faqhri,Jamil,Ayam,Vic,Anep,Botak,Papa dll..satu perasaan yang sangat lain bila dapat bermain dengan diorang ni..perwatakan yang berbeza diorang ni tunjukkan bila masuk je padang..


diorang ni antara nama2 yang dah naikkan nama UTM dlm bolasepak...=) ...berkongsi padang untuk latihan memang perkara yang ditunggu oleh ak masa tu..sebab bila da jumpe bebudak ni..memang hilang la masalah...gelak,sedih,penat,sakit sama2 masa training..memang kenangan pun suma tu...skang suma pun da berjaya dlm kerjaya masing2...capt dengarnye kat UK..syuk da menjadi enjineer berjaya..faqhri,apat,anep suma kembali ke sekolah mendidik anak bangsa..(cekgu le tu)...



1st game reunion yang dianjurkan oleh syuk...


harap2nya kitorang dapat berjumpa n main bola sama2 lagi lepas2 ni..=)...

Wednesday, March 23, 2011

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal


Halo..halo..halo...yes..kali ni aku da jumpa sebab utama kenapa aku kena update entry dlm blog nie...uhuk..uhuk..maaf..berabuk sket..sket ape bendenya..spider web suma ade nih..huhu...

dah2..back to the cerite...last nite aku ke Istana Budaya utk menonton teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM)...akhirnya dapat gak aku tgk teater setelah hajat nak tgk Cuci,Cuci 2,Tun Mahathir The musical tak tercapai...ak book tiket dekat area Grand Circle...tak penah aku tengok kat area situ...harganya boleh tahan la...mampu milik..hihihi...n aku amik tengah,tapi kat ujung line supaya mudah nak kuar gi toilet..(konon)..

ak sampai @ IB dengan wife ak dlm around 8.20mlm...setelah berpusing-pusingan mencari parking..masuk2 je ramai masih berada di ruang IB ni menunggu utk masuk....ada gak yang bergambar..ak sempat snap 2,3 keping gambar before aku terperasan seorang
pakcik yang familiar mukanya..waktu aku tgk pakcik ni...memang dlm kepala "amik gambar...susah nak jumpa dia ni.."...sapa dia ni sebenarnya...dialah Dato Lat..tokei kartun Kampung Boy ni..


sangat peramah Dato lat ni sampai boleh cite pasai kampung dia la...pasai lorong rumah la...n sangat sempoi..dapat bergambar ngan Dato Lat ni memang rasa puas hati sangat..wuuhuuu...da tak ingat da nak amik gambar ngan pelakon2 lain...huhuhu...

show dimulakan dengan nanyi lagu Negaraku..huu..tak penah dlm sejarah ak tgk teater kena bangun nanyi lagu Negaraku dulu..mungkin perubahan yang IB buat kot..ok la tu..n takde gambar yang boleh disnap sepanjang show sebab ade staff2 yang da stanby ngan laser ijau utk disuluh kepada siapa yang menggunakan hp @ kamera...korang igt dlm stadium je ke ade laser..IB pun ade tau..1 block before rehat punya show menceritakan kisah Lat dari kecik sampai ke besor sikit...

Then 2nd block sambung sampai le habis show dlm round kul 12...ape kesahnye teater ni?..pada aku lain feel nya berbanding tengok teater Pramlee Musical..sebabnya??..sebabnya..ak da terbiasa dengan Pramlee..jadi kisah hidup dia sedikit sebanyak kita dah tau..tapi Lat..??..aku hanya kenal dia sebagai seorang kartunis je..tak tau pun kisah hidup peribadi nye...

jadi teater ni telah secara tak langsung memperkenalkan Lat kepada org ramai..tentang kisah hidup dia..camne dia dari kecil sampai ke sekarang ni...1st komik Lat, 3 Sekawan-menangkap pencuri berjaya dijual pada harga 25ringgit(pada ketika tu tinggi woooo nilainye) pada usia nya hanya 13 tahun..!!!...wow....kisah kerjanya di NST.pengembaraan dia ke luar negara dll lagi..memang bila tgk teater ni terasa macam bace komik je..watak2 yang fofular dalam komik macam mrs hew di tonjolkan lagi..lagu2 pun menarik n sangat happy ...memang tak ngantuk la..

habis show ada sesi bertemu pelakon2 di ruang legar..sempatla snap sikit gambar2 nye...




ak rasa semua yang menonton puas hati dengan show yang dipersembahkan..set yang digunakan pun simple je...tapi memang menarik..huhuhu...ap mencadangkan korang2 yang belum tengok,pegi la nengok yea...memanglah sangaaaaaaatt best... =)...lain2 koleksi gambar ada di bawah yea...









Friday, March 11, 2011

KEHIDUPAN YG SEMEMANGNYA BENAR DAN NYATA

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama
Sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama
Sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah
Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya
Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas
Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar
Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang
Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat
Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200
Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di
Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan
Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang
Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad
Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah
Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan
Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang
Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid
Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan
Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah
Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita.
Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung
Untuk mencari keberkatan hidup.

kiriman:”anis aida”

Thursday, March 10, 2011

Cerita minggu ini...


terasa sunyi nye la opis ni tanpa kengkawan suma...huhuhu..sebabnya suma pun outstation start semalam sampai senin depan. ke johor untuk day out n jom heboh..huhuhu...yang lepas kat terengganu ak da pegi..so ni tukar orang pulok..huhuh...hope sumanye success kat johor...ngantuk da ni..huuhu

next cite..ape ek...dlm seminggu dua ni banyak plak msg2 yang ak dapat mintak alamat...then,dapat kol dari member yang dah lama tak kol...tujuan yang sama...mintak alamat..sebabny..cuti sekolah da dekat so majlis kawen pun banyak nak menjelma..ape2pun nak ucap tahniah kat kengkawan2 ak yang akan berkahwin..antaranya....zul sec,faiz zainuddin,zaidi pun nak kawen juge...mau set...yusnor lagi...uih..ramai...dengan ucapan welkam to the kelab yea..semoga smpai akhir hayat...aminn...kepak2.kepung2...

adoih..mood pun lari dah ni..next entry la yea..papai..

Tuesday, March 8, 2011

Fasa baru dalam hidup...

Salam semua...yeah..after 2 bulan tak menaip...now is the time...kan ak penah cakap nak citepasal life kan..tapi skang ni nak cite pasal life yang skang dulu..

pagi tadi ke klinik O&G HKL..utk wife ak punya maternity check up yang kali ke 4 kot...uuhuhu...dengan 1 misi ..nak tgk dengan jelas.. jantina baby ak..before ni pegi katanya boy.tapi tak clear...so tak puas hati..huhuhu

alhamdulillah dapat check ngan specialist...n ak lebih berpuas hati sebab specialist yang check..eheh...bukan ape ..banyak sikit info yang dibagi pada ak yang buta bab2 istilah kedoktoran tu..n alhamdulillah jugak dr kata baby bagus..beratnya pun bagus..jantina pun nampak..nampak la jugak jantung anak ayah ni berdegup2...tgk spine nye...tgk tulang paha..n tgkla bird2 nye lantas mengesahkan anak ayah ni boy ...huhuhu...

boy ke gegirl takkesah..yang penting baby tu lahir selamat n sihat semuanya..sempurna segala2nya...insyaAllah...takde gambar yang boleh ak letakkan.sebab tak scan lagik gambar2 ultrasound tadik..huhuu..

ape2pun.tahniah to my pren Hizral sebab da dapat baby boy...pagi semalam...tahniah papa hizral n mama farhana..