Quote Of The Day

My Slide

Thursday, April 30, 2009

Handset anda bagus atau tidak...???

Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd 5 tahun lalu masih lagi berfungsi dgn baik??

Sekarang, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakan dpt diambil dgn segera...

Langkah 1
Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.

Langkah 2
Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. . ...)

Langkah 3
Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td.

Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.

Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.

Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.

Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.

Perincian 5
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.

Wednesday, April 29, 2009

Jeli kulit babi...

salam...terkejut juga bila dapat emel dari housemate berkenaan berita ini...apa2 pun selepas dapat emel ni..kita perlu berwaspada dengan segala apa juga yang nak di makan...

Katak oh katak...

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil,...

… yang berlumba lari
Tujuannya adalah
mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...



Perlumbaan dimulai...

Secara jujur:
Tak satupun penonton benar2 percaya bahwa katak2 kecil akan mencapai puncak menara.

Terdengar suara:

"Oh, jalannya terlalu su
kar!!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."

atau:

"Tidak ada kesempatan untuk berhasil...Menaranya terlalu tinggi...!!
!


Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...

... Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

"Terlalu sukar!!! Tak seorangpun akan berjaya!"


Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah...
...Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!



Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh
melakukannya?

Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?


Ternyata...

Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!


Kata bijak dari cerita ini adalah:

Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...

…kerana mereka mengambil sebagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada.

Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu:

Tetaplah selalu....




POSITIVE!


Dan yang terpenting:

Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahawa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!

Selalulah berfikir:

I can do this!

Tuesday, April 28, 2009

Aku kembali...

salam suma...

alhamdulillah akhirnya aku dapat kembali turun menyertai latihan di padang bola..selepas hampir 3 minggu berehat akibat kecederaan buku lali. akhirnya semalam dapat gak aku turun untuk mengeluarkan peluh...

aku mengharapkan aku akan dapat pulih sepenuhnya daripada kecederaan ni menjelang latihan pusat menjelang piala masum nanti...

petang ni..??yeah..pasti aku akan turun agi...

Sunday, April 26, 2009

TM Piala FA 2009. Selangor Juara...!!!



Kijang tersungkur di Stadium Nasional

Salam...Kelantan terlepas peluang untuk memeluk buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun Piala FA setelah tewas 4-1 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan yang mendebarkan malam tadi. Setelah terikat 0-0 tamat 90 minit perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan dan Kelantan tampak garang untuk menjuarai piala tersebut dengan terlebih dahulu mendahului Selangor menerusi tandukan Nor Farhan yang tidak dikawal selepas Piya melambungkan bola ke far post.

Namun kapten Selangor Mohd Amri Yahyah sekali lagi hadir sebagai wira dengan gol penyamaan juga menerusi tandukan hasil hantaran D.Surendran tidak lama selepas itu.

Keputusan akhir, Selangor (0) Kelantan (0)
(Selangor menang menerusi sepakan penalti 4-1)

** Indra Putra gagal menyempurnakan sepakan penalti pertama buat Kelantan ; Safee Sali wira Selangor


Anugerah Harta Intelek 2009...Tahniah UTM

Anugerah Harta Intelek 2009

Kategori Organisasi

Pemenang Hadiah Utama

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kategori Individu (Paten)

Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHNIAH UTM...

Friday, April 24, 2009

dugaan datang lagi...

salam...sekarang ni aku dlm keadaan yang sangat tak selesa...takut...berdebar...menunggu segala kemungkinan yang akan mendatang...dugaan yang datang saat2 akhir ni sangat berat buat aku...

Ya Allah..kuatkan semangat aku...untuk aku terus menghadapi perjalanan hidup ini...

Aku tau ..dugaan ini datang untuk menguji sejauh mana aku boleh menghadapinya..dan aku tau Dia turunkan ujian ini sebab Dia tau aku boleh menghadapinya....AMIN....

Thursday, April 23, 2009

Jadual Perlawanan Football Masum Cup 2009

salam...pas habis sesi study tengahari tadik...aku amik kesempatan jap utk surf internet..tetiba terasa nak bukak laman web MASUM.sj nak tgk info tentang Piala Masum bulan depan ni nanti...alih2 da ade jadual perlawanan.aku pun bukak la sebab nak tgk jadual n nak tgk la sapa yang bakal menentang UTM untuk perlawanan pembukaan nanti kan....agak terkejut jugak le aku sebab UTM akan menentang UPNM sekali lagi untuk perlawanan pembukaan tu nanti. Undian da dibuat pada 20 april yang lalu di Olimpik Hotel KL Kuala Lumpur. so kat bawah ni ade link untuk tgk jadual tu...:

Keputusan Undian Karnival Bola Sepak MASUM 2009 (Divisyen 1)

Carta Perlawanan Football Masum Cup 2009

Wednesday, April 22, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang...

salam...

secara ekslusifnya,hari ini 22 april 2009..aku nak ucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke 25 buat seseorang yang cukup tegas, tabah dan sabar selama aku mengenali dia....seorang yang sentiasa menyokong perjalanan hidup aku..sentiasa menyokong kerjaya aku...



semoga diri mu akan dilimpahi rezeki, sentiasa sihat, dipanjangkan umur, dipermudahkan urusan kerjaya, bahagia sentiasa dan lain-lain kata2 yang positif.....amin...

semoga berjaya dalam segala bidang yang diceburi...

buat dirimu..ilysm...

Nescafe merosakkan jantung & buah pinggang

Salam semua...sedikit info mengenai kesihatan yang aku perolehi dari inbox emel aku...jadi aku rasa nak berkongsi sesuatu dengan korang semua...

1st artikel...


Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun
akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya.
Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk
diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya.
Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad
menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah
dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba
jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun
mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau
kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang
namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu
kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat
permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan
penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau
sudah bermasalah.. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap
meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah
pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat
merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat
dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk
merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan
sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy
creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala
yang sewaktu dengannya
7.. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air
kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga
pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah
kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang
sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi,
pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana
mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini
kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah
lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,


'sharing is caring'

2nd artikel.

Dear Friends,

I'm strongly agreed on these issues because it happens to one of my friend
in HSS Integrated Consultant. Beliau sekarang menjalani rawatan dialysis
setiap 3 hari.

Now its been already 9 years he is suffering with this kidney problem. The
doctor yang check dia kata, the main cause is:
1. Breakfast with Nescafe
2. 10am break with Nescafe
3. Lunch with Nescafe ais
4. Minum petang also with Nescafe.
5. Malam supper pun pekena Nescafe.

So, hope for best for those who still love Nescafe

***tulisan berwarna merah je yang aku tulis..yang lain tu info dari inbox...

kahwin oh kahwin..

salam semua...hai..menjelang bulan 6 ni banyak plak jemputan walimatulurus yang aku dapat...kengkawan kos la...member baik...kengkawan kos len...tu belum kira kad yang da ade kat umah kat kl kan...

memang bulan jun ni bulan org kawen2 nih..cuti skolah kalu tak silap aku...so..tgk ar camne plan yang datang kan..yang pasti awal jun aku akan berada di Kedah Darul Aman..huhuh...tak penah aku sampai sana..so 1st time nih..ahahaha....apa2pun semoga semua plan korang2 yang nak kwen ni berjalan lancar kan...aku doakan..

p/s aku bila plak...???ahhahaha

Tuesday, April 21, 2009

Rajagobal jadi pilihan FAM ganti Sathia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pengendali skuad bawah 23, K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, semalam pelantikan yang disifatkan sebagai kenaikan pangkat setelah sekian lama membimbing skuad remaja.


Walaupun dilihat selaku pilihan terakhir selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan sudah cuba mendapatkan jurulatih Shahzan Muda, Dollah Salleh, Rajagobal menegaskan dia bersedia memikul tugas berat itu. Pengumuman itu sekali gus menamatkan teka teki mengenai calon lain yang dikaitkan dengan jawatan tersebut sebelum ini termasuk Mohd. Azraai Khor Abdullah (Kedah), K. Devan (Selangor) dan Dollah Salleh (Shahzan Muda).


"Saya percaya masanya sudah tiba untuk saya mengambil alih tanggungjawab bersama skuad senior," kata Rajagobal yang sebelum ini turut dinamakan sebagai jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23) pada 11 April lalu.


Rajagobal, yang ditawarkan kontrak dua tahun dengan pilihan untuk dilanjutkan setahun lagi, juga memberi gambaran dia akan menyerapkan sebahagian besar pemain skuad B-23 untuk membentuk pasukan senior kebangsaan kerana mahu pemain memperoleh bekalan aksi antarabangsa mencukupi sebelum ke Sukan Sea Laos, Disember ini.


Tugasan pertama Rajagobal bersama skuad senior adalah aksi persahabatan dengan Manchester United pada 18 Julai ini, manakala ujian pertama bersama pasukan B-23 adalah saingan Piala Antara Benua dari 1 hingga 14 Jun ini.

"Bagi saya, perlawanan dengan United akan membolehkan saya menilai keupayaan pemain apabila berdepan dengan lawan pada tahap lebih tinggi dan saya rasa ia adalah ujian penting buat pemain menjelang Sukan Sea serta kelayakan Piala Asia dengan Uzbekistan, November ini.

"Kebanyakan pemain B-23 akan juga membentuk skuad kebangsaan memandangkan sasaran utama tahun ini adalah Sukan Sea Disember ini dan ia juga membolehkan mereka beraksi dalam beberapa kejohanan sebelum ke Laos," kata Rajagobal.

Bekas jurulatih Selangor dan Kelantan itu juga memulakan sesi latihan skuad B-23 pertama di Wisma FAM semalam dengan 26 pemain dipanggil untuk fasa pertama yang menumpukan perhatian terhadap aspek kecergasan.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad turut mengumumkan skuad senior kebangsaan akan dihantar beraksi di Pestabola Merdeka Ogos ini walaupun sebelum ini berhajat untuk hanya menghantar skuad B-23.

Ia jelas isyarat yang membuktikan badan induk itu akhirnya akur ranking dunia skuad negara tidak akan meningkat sekiranya hanya mengirim barisan skuad B-23 menghadapi kejohanan itu dan ia diakui sendiri Redzuan semalam.

"Kami tidak mahu situasi seperti 2007 berulang apabila muncul juara tetapi ia tidak dikira Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), kerana ketika itu kami tidak membariskan skuad kebangsaan," kata Redzuan.

Monday, April 20, 2009

Shanghai 2009: Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull lakar sejarah...

Perlumbaan dalam hujan sekali lagi menguji jentera dan teknikal pasukan yang bertanding. Memulakan perlumbaan di belakang safety car sesuatu sudah dijangkakan apabila hujan turun sebelum perlumbaan...tahniah buat red bulls di atas kejayaan 1-2 di Shanghai

Shanghai 2009
Race Results

Laps
Completed

Time
Race Length

Points
Earned

1. Sebastian Vettel Red Bull Racing 56 1:57:43.485 10pts
2. Mark Webber Red Bull Racing 56 +10.9s 8pts
3. Jenson Button Brawn 56 +44.9s 6pts
4. Rubens Barrichello Brawn 56 +63.7s 5pts
5. Heikki Kovalainen McLaren 56 +65.1s 4pts
6. Lewis Hamilton McLaren 56 +71.8s 3pts
7. Timo Glock Toyota 56 +74.4s 2pts
8. Sebastien Buemi Scuderia Toro Rosso 56 +76.4s 1pt
9. Fernando Alonso Renault 56 +84.3s
10. Kimi Raikkonen Ferrari 56 +91.7s
11. Sebastien Bourdais Scuderia Toro Rosso 56 +94.1s
12. Nick Heidfeld BMW 56 +95.8s
13. Robert Kubica BMW 56 + 106.8s
14. Giancarlo Fisichella Force India 55 +1 Lap
15. Nico Rosberg Williams 55 +1 Lap
16. Nelson Piquet Jr. Renault 54 +2 Lap
17. Adrian Sutil Force India 51
Accident
18. Kazuki Nakajima Williams 45
Mechanical
19. Felipe Massa Ferrari 21
Mechanical
20


KLIK
sini
untuk
info






.
Jarno Trulli Toyota











20










Collision