Quote Of The Day

My Slide

Wednesday, March 11, 2009

Keputusan Masum Unileague - 7 Mac 2009

SHAH ALAM - Pertembungan dua pasukan yang tidak pernah bermain di divisyen 2 sememangnya dinantikan oleh semua penonton. Pasukan UTM hadir ke Shah Alam dengan status underdog untuk cuba sekurang2nya mencuri mata di shah alam. Tiba pada jam 7 malam di stadium uitm shah alam memberikan masa yang singkat buat pemain utm untuk berehat.

UTM turun sekali lagi dengan jersi tradisi serba biru bermain dengan formasi 4-5-1 sekali lagi namun utm turun tanpa pemain harapan mereka izad yang tidak mendapat pelepasan untuk bermain. utm menurunkan semula pemain pertahanan mereka jamil dan menggantikan tempat izad dengan engku hisyam, utm bermula dengan cukup baik apabila mendahului uitm seawal minit ke2 hasil jaringan penyerang hazwan yang membias kepada pemain pertahanan uitm.gol itu berpunca hasil daripada jamil yang menghantar tinggi melepasi pemain pertahanan utim dan disusuli rempatan padu hisyam yang terkena tiang sebelum disambung oleh hazwan. gol itu bagaimanapun tidak mengganggu rentak permainan uitm yang kelihatan cukup mantap di setiap posisi.corak permainan panjang yang ditunjukkan uitm membuahkan hasil apabila 5 minit selepas itu uitm menyamakan kedudukan hasil tandukan pemain mereka. perlawanan berlangsung hambar selepas itu sehinggalah pada minit ke42 apabila pemain pertahanan utm hanif dilayangkan kad kunin gkedua apabila dikatakan mengasari pemain uitm sekaligus menyaksikan utm bermain dengan 10 pemain.

separuh masa kedua berlangsung dengan utm memasukkan penyerang berbisa mereka li untuk cuba mencari gol pendahuluan. asakan mereka bagaimanapun tidak berhasil .sebaliknya uitm yang baru shj memasukkan pemain no11 mereka mendahului menerusi tandukan pada minit ke 63. kelalaian barisan pertahanan utm dihukum lagi dengan gol ke3 uitm apabila pemain no13 menjaringkan gol hanya 2 minit selepas itu juga menerusi hantaran lintang. dan uitm melengkapkan kemenangan mereka menerusi gol ke 4 pada minit ke 74 untuk menjadikan kedudukan 4-1.cubaan uitm untuk melebarkan jaringan tidak berhasil apabila penjaga gol utm azreen melayangkan badan untuk menyelamatkan pintu golnyad daripada dibolosi.

keputusan akhir..uitm 4 utm 1

Saturday, March 7, 2009

8 jam sebelum bertolak..

salam semua...maaf lama menyepi...berpindah dari rumah lama ke rumah baru..so bekalan internet terputus buat seketika...so..kul11 pagi nanti..bertolak ke uitm shah alam..malam nya ade game...3rd game untuk masum unileague...turun dengan reputasi pasukan underdog pastinya tak memberikan tekanan utk aku n kawan2...tapi awas uitm..kami hadir dengan semangat yang tinggi untuk menang...da 4 tahun men kat stadium uitm..diorang da taknak dtg utm kot...huhuh...apa2pun...semoga kemenangan berpihak kepada utm...amin...

Sunday, March 1, 2009

Mawar Berduri...Episod 1

S E I N D A H M A W A R B E R D U R I

“Khazinatul asrar , kau pencuri!”
Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran.
“Apa yang aku curi?” bisiknya sendiri penuh kehairanan.
Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan kerja sendiri.
“Biarkanlah..!!” hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.
Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka, derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam
itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.
“Mana Hijriah?” getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa.
“Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…” hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertamu.
“Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?”
Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan.
Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.
“Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?” tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…
“Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!” Khazinatul Asrar bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.
Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dalam sedar mahupun tidak , fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan. Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?
Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah bermula.
Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia
selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun. Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.
‘Tomorrow…please present this topic. Assalamualaikum..’” Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang telah sejam berlalu.
“Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?” spontan Khazinatul Asrar menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya. “Kenapa Asrar?” Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin.
“Err.. nothing!” Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri mengemas buku–buku di hadapannya.
“Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!” Tsabit cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak diminta itu.
“Maaf, saya nak pulang dulu,” getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan Tsabit.
“Ish, sombongnya!” keluh Tsabit.
“Sombong pun sombonglah.. thanks!’” balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya.
“Nanti…!” halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak sanggup untuknya menentang renungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu-Libya itu. Dia hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat. Hatinya berzikir.
“Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie,” sambil tangannya menghulurkan sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.
“Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan yang lain,” balas Khazinatul Asrar. Menolak.
“Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah.” Tsabit masih tidak berputus asa. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Masih ada strategi lain!
“Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama saya nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision untuk presentation esok,” tegas Khazinatul Asrar.
“Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil karang, baru tau…” Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan.
“Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…” kata-kata Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong….
“Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi. However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah.” Tsabit bernada merajuk dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang sahaja yang menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah memandangkan perkataan ‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan.
Langkahnya disusun kemas untuk pulang ke kamsisnya. Lamunan tentang Hijriah hadir lagi, seolah–olah episodnya bersambung sejak dari dewan kuliah tadi. Hijriah belum pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia terlalu ingin tahu keadaan Hijriah di saat itu. Sakitkah dia? Khazinatul Asrar mula berasa bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini. Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM ( Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) sudah cukup membuatkan hari–hari yang dilaluinya terlalu padat dan singkat. Tenaga, wang dan waktu lapang banyak dikorbankan untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk menyiapkan assignment di Perpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan terbesar di asia tenggara. Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan sebijaksana mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggung jawab. Khazinatul Asrar menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna:
“…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada.”

Mawar Berduri...

Salam...sekadar nak berkongsi 1 noel yang ak dapat.dari seseorang.n aku bagi juga pd seseorang untuk membacanya. Jadi sekarang aku nak berkongsi dengan korang semua...terima kasih kerana sudi membaca blog aku..
Afiq Zainal..
~apa yang engkau cari selama ini...


SINOPSIS
Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman.Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu?dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…

Bingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan…
Buatmu…pencari cinta sejati, cinta yang abadi….
Terimalah….
Seindah Mawar Berduri…

***tulisan yang berwarna merah adalah yang AKU taip...yang lain suma dari karya pengarang...


Keputusan Masum Unileague - 28 Februari 2009

SKUDAI - Perlawanan MASUM UNI-LEAGUAE bagi Liga Premier telah diadakan semalam melibatkan pasukan UTM menentang pasukan UPM.UTM yang turun tanpa penyerang berbisa mereka Li akibat kecederaan telah bermain dalam formasi 4-5-1 dengan menggunakan khidmat pemain muda, adam sebagai pemain tengah. Hujan lebat yang turun ketika pemain sedang memanaskan badan agak mengganggu moral dan semangat pemain. Hujan lebat yang turun hampir 1 jam itu hampir menyebabkan perlawanan ini ditangguhkan. Namun, hujan yang semakin reda membuatkan kedua-dua pasukan bersetuju untuk memulakan perlawanan. Sepak mula dilakukan oleh UPM yang memakai jersi putih/hitam dari kanan ke kiri.UTM dengan jersi serba biru turun dengan misi membalas dendam keatas UPM yang menewaskan mereka pada musim lalu. Padang becak dan berair sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan. Kedua-dua pasukan bermain hantaran tinggi unuk mengelakkan bola tersangkut di dalam air. Percubaan demi percubaan dilakukan oleh kedua-dua pasukan. UTM melakukan pertukaran seawal minit ke20 apabila memasukkan zuhaimi dan mengeluarkan adam. Keadaan padang sebegitu rupa juga membuatkan perlawanan dicemari dengan beberapa kekasaran namun pengadil perlawanan bijak mengawal situasi.

UTM akhirnya memecah kebuntuan apabila mendahului UPM hasil jaringan Izad pada minit ke 37. Gol berpunca daripada sepakan sudut faqhri dikeluarkan pertahanan UPM dari kawasan berbahaya. Namun bola itu singgah di kaki izad yang melepaskan satu lambungan melepasi jangkauan penjaga gol UPM. Gol itu nyata menyentap semangat UPM yang terus melancarkan serangan. Ianya berhasil apabila pada masa kecederaan, kelekaan pertahanan UTM menyebabkan pemain UPM berjaya melambungkan bola untuk memerangkap penjaga gol UTM, namun berjaya ditepis terkena palang dan susulan selepas itu menyaksikan bola ditanduk kemas ke dalam gawang yang sudah terbuka luas.Separuh masa pertama kedudukan terikat 1-1.

Separuh masa kedua, UPM mengeluarkan penjaga gol mereka akibat kecederaan. Keadaan padang yang semakin baik tanpa takungan air membuatkan kedua-dua pasukan dapat bermain mengikut taktikal yang dirancang namun masih buntu untuk menambah jaringan. Kedua-dua pasukan masing-masing memiliki peluang terbaik namun masih gagal untuk disudahkan. Keadaan tegang berlaku apabila pengadil melayangkan kad merah untuk kapten pasukan UPM,Amirul apabila sengaja memijak pemain UTM, Razalan.UTM mengambil peluang itu untuk mengasak kubu UPM namun UPM terus kebal mempertahankan kubu mereka. Peluang Izad untuk melebarkan jaringan disia-siakannya apabila merembat tinggi melepasi palang walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol sahaja. Zuhaimi juga mensia-siakan peluang apabila bole yang singgah di kakinya di dalam kotak penalti juga dirempat tinggi. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Dengan itu, UTM mengumpul 4 mata dari 2 perlawanan manakala UPM hanya mengutip 1 mata dari 1 perlawanan. Perlawanan pertama UPM menentang UiTM ditangguhkan akibat faktor cuaca.