Quote Of The Day

My Slide

Thursday, March 19, 2009

UTM vs UM di UTUSAN MALAYSIA

ARKIB : 18/03/2009

Bola sepak: UTM tundukkan UM 2-1

JOHOR BAHRU 17 Mac - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menewaskan Universiti Malaya (UM) 2-1 pada perlawanan bola sepak divisyen satu Liga Universiti 2008/2009, baru-baru ini.

Kejayaan bermakna itu terus mengukuhkan kedudukan UTM untuk mengekori rapat pendahulu liga, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan tiga mata.

Selepas mengharungi empat perlawanan, UPSI kini unggul dengan mengumpul 10 mata, manakala UTM mengutip tujuh mata.

Pada perlawanan itu, tuan rumah bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi penyerang, Zulkifli Ishak pada minit ke-20.

Penyerang yang semakin meningkat naik itu terus mempamerkan bisanya apabila berjaya menambah jaringan pada minit ke-35 bagi UTM untuk terus mendahului lawan.

Namun kegembiraan UTM tidak bertahan lama apabila dua minit kemudian, UM bangkit merapatkan jurang gol menerusi Mohd. Nasharudin Zakaria untuk menjadikan kedudukan 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik separuh masa kedua bermula, pasukan pelawat terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah, namun ketangkasan penjaga gol, Norazreen Muhammad mengecewakan UM.

Ketua pasukan UTM, Ahmad Syukri Azizan berkata, kejayaan pasukan mereka itu hasil komitmen tinggi yang ditunjukkan semua pemain dan berkat mengikut setiap arahan jurulatih.

Dia yang merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Mekanikal memberitahu, kemenangan itu juga merupakan saat manis untuk dikongsi bersama sebelum sebahagian pemain menamatkan pengajian mereka Mei ini.

1 comment:

en.arepato said...

ko jd reprter je la lpas nih..
jom same2 kite tgktkan smngat n mutu game kite..
kite gegar team2 kat FA Cup nnt..