Quote Of The Day

My Slide

Tuesday, December 1, 2009

Ewah Ewah Sayang...!!! Laporan Penuh...

Lamanya tak menjengah ruangan menaip ni...sangat sibuk utk seketika menguruskan hal2 yang berkaitan dengan kerja...

Sebenarnya event ni di anjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Selangor pada 21 Nov 09 bertempat di Anggerik Mall Shah Alam. Event ni yang diberi nama Ewah..Ewah..Sayang ni melibatkan penyertaan daripada anak-anak murid dari seluruh negeri selangor yang belajar di tadika perpaduan.Kehadiran Team Les' Copaque Production adalah untuk mengacarakan majlis selain daripada membawa maskot Upin & Ipin untuk memeriahkan majlis. Kak Ros dan Fizi telah diamanahkan utk mengendalikan majlis sepenuhnya pada hari tesebut. Aktivit diselang seli dengan kemunculan maskot Upin & Ipin yg sememangnya ditunggu-tunggu kemunculan mereka..

ha..bila da muncul tu,ape lagi aktiviti mereka, mestila akan ade kuiz dan sedikit aktiviti dgn maskot. Upin & Ipin pada haritu sgt sporting melayan adik-adik.

beraktiviti bersama Upin & Ipin

Ewah..Ewah..Sayang ni terbhg kpd 2 bhgian iaitu, Persembahan dan Pertandingan Fesyen Kanak-Kanak. ha...adik-adik yang terlibat dalama persembahan ni jugak terdri daripd pelbagai kaum. memang 1 malaysia ...


sangat banyak persembahan yang berlainan jenis yag dipersembahkan pada hari tu.antaranya adalah ada kuda kepang, ade zapin,ade tarian bangra,tarian portugis, ada jugak choral speaking, dikir barat dan pentomen(betul ke ejaan ni)..

ni kira macam simulasi majlis perkahwinan

zapin..ewahhh...

ngajat...

adik india ni menari dangdut..BIAR BETUL...!!!

tgk la ending dangdut nih...

untuk bahagian kedua plak, ade pertandingan fesyen kanak-kanak pulak. yang menariknya adalah, pakaian yang masuk bertanding ni mestilah daripada bahan-bahan terbuang..nahh...lihatla hasilnya...

event yang tamat sekitar jam 4 ptg ni sangat memberikan satu pengalaman berbeza utk ak..seronok bekerjasama dengan warga2 JPN Selangor...diorang memang SPORTING...!!!

2 comments:

Unknown said...

hmm, mata upin ipin tu mencurigakan

AFIQ zainal said...

erk..mencurigakan???...lain set tu