Quote Of The Day

My Slide

Friday, May 29, 2009

Masum Cup 2009 episode VII - Keputusan Perlawanan

Seri Iskandar - UTM tewas dalam perlawanan separuh akhir loser pool yang berlangsung dalam cuaca hujan petang semalam. UTM turun dengan kesebelasan utama semasa menewaskan UMP menguasai hampir keseluruhan perlawanan namun beberapa keputusan pengadil menurunkan semangat pemain.

2 kali tangan ke bola, 1 kali pemain dijatuhkan...semuanya berlaku di dalam kotak penalti bagaimanapun tidak dilayan oleh pengadil yang kelihatan gagal mengawal perlawanan dengan baik.

Separuh masa pertama kelihatan seimbang dengan kedua2 pasukan saling membalas serangan namun sedikit kesilapan pertahanan membawa padah apabila gerakan USM menghasilkan gol pendahuluan mereka.

Separuh masa kedua, USM mendahului hanya selepas 1minit perlawanan dimulakan namun selepas itu UTM lebih banyak menyerang namun nasib tidak menyebelahi mereka untuk mengubah keputusan akhir UTM tewas 2-0

No comments: