Quote Of The Day

My Slide

Thursday, July 2, 2009

Baju ’Upin dan Ipin’ rampasan utama di Selangor tahun ini

SHAH ALAM 2 Julai — Baju watak kartun animasi ’Upin dan Ipin’ adalah barangan rampasan utama mengikut Akta Hak Cipta 1987 oleh Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor bagi enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Penguatkuasanya Ahmad Md Isa berkata bagi tempoh Janurai hingga Jun lepas, sebanyak 4,444 helai baju watak kartun Upin dan Ipin dirampas setelah pemilik eksklusif watak kartun animasi itu, Les’ Copaque membuat laporan berhubung penggunaan watak kartun itu tanpa kebenaran.

“Harga bagi setiap baju dianggarkan RM10 dan diedarkan oleh pemborong tanpa kebenaran syarikat pemilik watak kartun animasi itu. Nilai rampasan yang telah kita buat ialah kira-kira RM44,440 kesemuanya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. - Bernama

4 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

skang nih bukan cd or dvd jer cetak rompak..
bajupun sama..
dunia..dunia..

AFIQ zainal said...

aahaah..nak wat camne...keje lanun kan,..
so..datang la ke World of Geng untuk dapatkan original merchandise

swit@kon said...

ooo rasanya mak saya dah terbelikan anak buah baju yang cetak rompak. hik hik

AFIQ zainal said...

ish...mana bole...u org yang wajib beli original merchadise tau...