Quote Of The Day

My Slide

Sunday, April 26, 2009

TM Piala FA 2009. Selangor Juara...!!!



Kijang tersungkur di Stadium Nasional

Salam...Kelantan terlepas peluang untuk memeluk buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun Piala FA setelah tewas 4-1 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan yang mendebarkan malam tadi. Setelah terikat 0-0 tamat 90 minit perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan dan Kelantan tampak garang untuk menjuarai piala tersebut dengan terlebih dahulu mendahului Selangor menerusi tandukan Nor Farhan yang tidak dikawal selepas Piya melambungkan bola ke far post.

Namun kapten Selangor Mohd Amri Yahyah sekali lagi hadir sebagai wira dengan gol penyamaan juga menerusi tandukan hasil hantaran D.Surendran tidak lama selepas itu.

Keputusan akhir, Selangor (0) Kelantan (0)
(Selangor menang menerusi sepakan penalti 4-1)

** Indra Putra gagal menyempurnakan sepakan penalti pertama buat Kelantan ; Safee Sali wira Selangor


4 comments:

AFIQ zainal said...

Tahniah Selangor...!!!

nurul said...

frust kelantan kalah:(

AFIQ zainal said...

ala..jgn la frust..frust jugak nih...da bersorak da kelantan score kan...

Wan said...
This comment has been removed by a blog administrator.