Quote Of The Day

My Slide

Tuesday, February 10, 2009

Dana Kemanusiaan Palestin..SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN...


KUALA LUMPUR 8 Feb. - Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM) tidak putus- putus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak sejak ditubuhkan 8 Januari lalu.

Sehingga kini jumlah keseluruhan yang terkumpul mencecah RM994,335.25.

Puteri UMNO Bahagian Pandan turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,160 hasil kutipan selama tiga hari di pusat beli-belah Tesco Ampang beberapa hari lalu.

Langkah yang sama turut diikuti Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa yang menyumbangkan RM2,000.

Di Perlis, RM10,000 berjaya dikumpul daripada warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan diserahkan melalui Kumpulan Utusan semalam.

Di Negeri Sembilan, sejumlah RM5,500 berjaya dikumpul menerusi penganjuran kutipan derma yang diadakan oleh warga Politeknik Port Dickson.

Sumbangan juga diterima daripada penduduk kawasan Ijok, Selangor yang berjumlah RM4,550.60. Penduduk kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Puteri, Meru, Klang pula menderma RM2,518.65 kepada tabung Dakap hari ini.

Penduduk kampung di kawasan Bukit Belimbing, Kuala Selangor pula menyumbang RM884.90.

Di Melaka, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labis, Johor menyumbangkan RM4,702.30 kepada tabung Dakap.

Sementara itu, di Perak, warga Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib (SKNMT) Batu 3, Segari berjaya mengumpulkan RM2,020 untuk disumbangkan kepada tabung Dakap.

Di Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Kamaruzaman Ali dan Persatuan Belia Berkarisma Kulaijaya (Karisma) menyumbang RM1,600.

Dalam pada itu, Ketua Kewangan dan Pentadbiran IRM, Farouq Zouji berkata, IRM menerima sebanyak RM3,854 hasil sumbangan orang ramai secara online di www.irm.org.my selain turut menerima sumbangan berbentuk wang tunai.

Seorang sukarelawan IRM, Nani Menon turut berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM420.80 bagi disalurkan kepada tabung itu.


No comments: