Quote Of The Day

My Slide

Tuesday, February 10, 2009

selamat tinggal Stamford Bridge

Chelsea pecat Scolari



Luiz Felipe Scolari

LONDON: Chelsea memecat pengurusnya, Luiz Felipe Scolari selepas kelab itu tercicir dalam pemburuan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris, umum kelab itu malam tadi.

The Blues ketinggalan di belakang pendahulu Manchester United dengan tujuh mata dan satu kenyataan dikeluarkan kelab dari London itu menyebut: “Malangnya, keputusan dan persembahan pasukan tampak semakin menurun pada saat-saat genting musim ini.”

Pengurus berbangsa Brazil itu, yang menempuh musim pertama bersama kelab yang dimiliki jutawan Russia, Roman Abramovich, dipecat serta-merta.


Kenyataan Chelsea menambah: “Pencarian pengurus baru sudah pun dimulakan dan kami berharap ada seseorang akan memegang tugas secepat mungkin.”

Penolong pengurus, Ray Wilkins, bekas ketua pasukan Chelsea akan menjadi pengendali sementara.

Pemecatan Scolari dibuat selepas Chelsea diejek penyokong sendiri ketika melangkah keluar padang di Stamford Bridge berikutan keputusan seri tanpa jaringan dengan skuad muka baru Liga Perdana, Hull City, Sabtu lalu. - AFP

No comments: