Quote Of The Day

My Slide

Sunday, February 1, 2009

UTM vs SKUAD PIALA PRESIDEN JOHOR

SKUDAI - Satu perlawanan persahabatan telah berlangsung pd petang tadi di Padang Tapak UTM membabitkan pasukan UTM FC menentang pasukan SKUAD PIALA PRESIDEN JOHOR. pasukan utm fc yang baru dibentuk lebih kurang sebulan yang lalu telah memulakan sesi latihan pusat pada hari rabu minggu lepas sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanan Liga Universiti MASUM. dan perlawanan ini adalah perlawanan persahabatan yg pertama yang ditempuhi oleh pemain2 skuad ini.

sepak mula telah dilakukan tepat jam 5.15petang.pasukan UTM memakai jersi berwarna biru/merah manakala pasukan johor memakai jersi berwarna merah.diketuai oleh yaser arafat pasukan utm kelihatan agak gugup selepas 10 minit beraksi...ketangkasan penjaga gol utm,haziq yang beberapa kali berjaya menggagalkan serangan pasukan johor telah menyelamatkan gawang gol utm daripada dibolosi..namun kekebalan itu tidak bertahan lama apabila sepakan penjuru dari kanan gawang utm telah ditanduk masuk dengan kemas oleh pemain johor. satu insiden mencemaskan berlaku melibatkan pemain johor dan pertahanan utm, nizam pada pertengahan separuh masa pertama. dipercayai berlaku perlanggaran melibatkan mereka berdua sehingga mendatangkan kesan serius terhadap pemain johor tersebut. pemain tersebut kemudian dibawa keluar sebelum dibawa menaiki van ke pusat kesihatan UTM. perlawanan bersambung dengan serangan demi serangan dilakukan johor dan hasilnya mereka berjaya mendapatkan gol kedua tidak lama selepas itu. pasukan utm tidak mudah mengalah apabila pemain berpengalaman,izat berjaya meledakkan satu rembatan namun berjaya ditolak keluar oleh penjaga gol johor. kemasukan pemain sayap kanan,faqhri berjaya mendatangkan hasil apabila utm berjaya merapatkan jurang hasil jaringan penyerang, hazwan yang mudah menolak masuk bola melepasi jangkauan penjaga gol utk kedudukan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-1...

separuh masa kedua keadaan dilihat tidak banyak berubah apabila utm terus diasak.namun semangat pemain2 utm tidak luntur apabila terus juga melancarkan serangan dari kedua2 belah bahagian sayap...namun nasib tidak menyebelahi utm apabila johor menambah 3 lagi jaringan menerusi gandingan pemain sayap kiri dan pemain tengah yang baru dimasukkan.

keputusan akhir..UTM 1 - 5 SKUAD PIALA PRESIDEN JOHOR.

berikut disertakan beberapa gambar2 sepanjang perlawanan berlangsung.










No comments: