Quote Of The Day

My Slide

Tuesday, February 24, 2009

Laporan & Keputusan Penuh : UTM FC vs UPNM


BANGI - Perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan bagi memulakan aksi MASUM UNI-LEAGUE telah berlangsung pada 21 februari 09 di Padang A UKM Bangi. UTM tampil dengan jersi serba biru memulakan aksi dengan membariskan 3 orang pemain baru dalam kesebelasan utama. memulakan aksi menyerang dari kanan ke kiri,utm mengancam seawal minit ke2 namun gerakan penyerang utm,li dikesan offside oleh penjaga garisan.upnm membalas serangan namun percubaan penyerang upnm sekadar melintas di atas palang gol utm. serangan utm pada minit ke21 sekadar menyaksikan hantaran lintang dari pemain no13 utm,ijat sekadar ditanduk oleh li jauh dari gol upnm.selang 2 minit selepas itu,percubaan naib kapten apat tidak tepat dan utm sekali lagi gagal menembusi kubu upnm. kad kuning pertama dilayangkan kepada kapten utm,syukri apabila mngasari pemain upnm.li sekali lagi berjaya meloloskan diri namun percubaannya tepat ke dakapan penjga gol upnm. namun akhirnya pada mint ke 39, gerakan menarik antara li dan ijat berjaya menghasilkan gol apabila tolakan ijat kepada li berjaya disudahkan dengan cantik oleh penyerang muda ini untuk menjadikan kedudukan 1-0.2 minit seleps itu, kedudukan berubah lagi apabila sekali lagi ijat melakukan hantaran kepada li untuk dia menggelecek penjaga gol dan menjadikan kedudukan 2-0.

utm memulakan separuh masa kedua dengan melakukan pertukaran apabila mengeluarkan nizam yang cedra dan digantikan dengan amin.hanya 5 minit selepas sepak mula,ijat melebarkan penguasaan utm dengan jaringan ke3 dari kanan gol upnm apabila merembat rendah melepasi jangkauan penjaga gol upnm,3-0.pada minit ke64,sepakan percuma upnm sekadar melintas di hadapan gol utm tanpa susulan daripada pemain upnm.utm hampir menambah gol pada minit ke 71 apabila sepakan percuma ijat dari luar kotak penalti menyaksikan penjaga gol upnm melayangkan badan untuk menampan percubaan tersebut, dan susulan daripada rafiq juga diselaamtkan penjaga gol upnm. upnm terus mengasak kubu utm tanpa putus asa dan hasilnya berjaya mendapatkan sepakan penalti apabila bola dikatakan terkena tangan kapten utm. penalti berjaya disempurnakan untuk menjadikan kedudukan 3-1.da kesilapan pertahanan upnm memainkan bola di zon merbahaya di kawasan pertahanan dihukum apabila li berjya mencuri bola dari kaki pertahanan upnm sebelum sekali lagi menggelecek penjaga gol dan menolak mudah bola ke dalam gawang untuk melengkapkan hatrik nya pd minit ke 89 untuk memastikan kemenangan 4-1 utm ke atas upnm..

fakta menarik : li merupakan satu2nya pemain yang berjaya menjaringkan hatrik pada perlawanan pertama untuk DUA musim berturut2

Antara rangkuman aksi UTM :



No comments: