Quote Of The Day

My Slide

Monday, June 22, 2009

Kejohanan Rowing Jabatan Perdana Menteri 2009



salam...wah..segarnya pagi ni..ak belum bersiap nak ke office lagi time ni..so amik masa untuk update entry baru...

alkisahnya, 20-21jun2009 telah berlangsung Kejohanan Rowing Jabatan Perdana Menteri (JPM)2009 yang diadakan di Pullman Lakeside Percint 6 Putrajaya. Kejohanan yang julung2 kali diadakan ni melibatkan agensi2 yang bernaung di bawah JPM contohnya macam SPA, JPA, MAMPU, dll lagi..jadi Les' Copaque juga tak ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada aktiviti yang telahpun dirancang...tempat ni memang cantik sangat...rasa tenang je kalau duk kat tepi tasik ni tau...

aktiviti kitorang macam biasa la..ade jualan merchandise Upin & Ipin dan GENG...dan seperti biasa..kehadiran maskot kesayangan Upin & Ipin.

Hari sabtu sekadar jualan dan beberapa kemunculan maskot sepanjang hari bermula selepas perasmian.
peminat cilik yang turut singgah ke booth

suasana di booth..awal pagi lagi ni...

bunting GENG di booth Les' Copaque


Hari ahad agak padat aktiviti nya..bermula pada pagi hari, kemunculan maskot pada tengahari tu semasa pendaftaran pertandingan mewarna..ade juga menari poco-poco..meriah betul...dan meriah juga pertandingan mewarna ni...rasanya ade dekat 200org adik2 yang menyertai pertandingan ni. Disamping tu juga,kehadiran 3 bintang Akademi fantasia 7 Obri,Zizi & Aisyah memeriahkan lagi suasana acara.


pertandingan mewarna

sekitar suasana pertandingan mewarna

Upin & Ipin amik gambar dengan peminat mereka


Upin & Ipin muncul...sambutan seperti biasa...

Upin & Ipin diserbu

Dan kemuncuknya adalah upacara penutup dan penyampaian hadiah untuk 4 kategori pertandingan. dan yang terakhir penyampaian cenderahati daripada pihak Les' Copaque Production Sdn bhd kepada TPM. Overall acara ni menarik pada pandangan aku.sebab dpt jumpa ramai orang la..dan sambutan terhadap barangan yang di jual juga tak kurang hebatnya...

Upin & Ipin sampaikan cenderahati kepada TPM Malaysia

jadi event seterusnya...???....jumpa dan tunggu kami di KLCC minggu ini...



Eh...Upin & Ipin real...???

ada juga adik yang nanis bila tengok maskot ni..sedih sangat kot dpt jumpa diorag berdua..huhuhu

2 comments:

D's noruaruwani said...
This comment has been removed by the author.
D's noruaruwani said...

klu org, org pun xsuke maskot.
klu pergi karnival pape ke, ade maskot mesti seboleh2nya lalu jalan yg xde maskot tu.

hehehe =P