Quote Of The Day

My Slide

Saturday, February 28, 2009

17jam sebelum sepak mula...

salam..malam ni.masa untuk rehat sepatutnya sebab eok ade game ke2 utm vs upm..tapi aku terpaksa korbankan masa rehat utk kemas umah lama..sebab nak kena pindah umah baru...so sekarang adalah masa untuk mengemas...

buat kawan2 utm fc..kekalkan semangat yang kita da kumpul...untuk kita menang game esok petang...balas dendam atas kekalahan 2 musim berturut...semalam kita da wat circuit training...jelas terpancar kegembiraan n semangat pasukan walaupun dalam keadaan penat

Antara aksi2 yang sempat dirakamkan masa circuit training mlm tadi...:
arab sempat menjeling sambil memberitahu "aku la yang palign fitt woiii..."

tarian sha la la oleh anip amin n cik sham

ikut kapten woit...weee....tarian tomoi...ahahhaha

ape kena tu jang....

tetap peace walaupun ponek circuit training

Thursday, February 26, 2009

mama...ibu...umi...mak...kaulah segalanya untukku..


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, " Adi k terjumpanya belakang rumah di semak"

" Adi k memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?


Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


--

Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Just walk beside me and be my friend.

"People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel "

UTM vs UPM

MASUM UNI-LEAGUE 2009

UTM VS UPM

PADANG TAPAK UTM
5 PETANG
28 FEBRUARI 2009


JOM TURUN RAMAI-RAMAI....SOKONGLAH PASUKAN UNIVERSITI KITA...

UTM..KEUNGGULAN TERBILANG...

Tuesday, February 24, 2009

kehidupan ku yang baru...

salam suma...ak nak cite sebenarnya ttg idup aku yang baru...odw aku ke ukm jumaat lepas..aku kol mama aku.sambil2 tanya kabar..ak btaula yang aku travel mlm tu..n mama aku btu yang baby akak aku kena jaundice(kuning)...esoknya nak kena bawak ke hospital..if kena admit,maknanya mungkin aku tak dapat jumpa baby...esoknya pagi,aku kol a.ipar aku...sebab pagi2 lagi dia da kuar bawak akak aku n baby gi hospital...pagi tu kami wat simple light training kat padang ukm..after training tu,aku dapat berita baby kena admit ngan ibu nya...ffuuhh..memang menyentap hati aku..baby kena amik darah...duk bawah lampu biru...cian dia...malam tu aku sampai uma kul1130 n a.ipar aku baru je sampai dari hospital.katanya jaundice tu da kurang da...if esok(ahad) da kurang,bole la kuar...aku berharap sangat baby kuar hari ahad tu..sebab isnin aku nak balik jb da...doa ku panjatkan moga Dia limpahkan kesihatan buat anak buah ku yang pertama ni...

alhamdulillah....doaku dimakbulkan bila tgahari ahad tu akak aku kol katanya da odw balik ke umah...senyum aku tak dapat aku sembunyikan agi...dapat tgk baby...baby sampai je aku terus kuarkan kamera yg aku pnjam...snap sekeping dua kan...adik aku plak duk ajak aku pegi jj nak beli big apple...dia mintak aku belanje...n akak aku plak kirim beli susu daisy...n memandangkan susu utk adik aku yang last tu nak makan ngan cereal da habis....n buah buahan utk mama aku pun da habis...so menguatkan lagi sebab kenapa aku kena pegi jj...aku gerak ke jj ngan adik aku yang ppuan tu...smpai sana mudahnya dpaat parking..urusan dipermudahkan...aku terus gi market dia..pilih buah epal fuji...carik susu...n terus kuargi big apple..aku beli yang A BOX of 12...sedap2 donutnye tau..kalah dunkin donut...tak tipu...

odw nak balik tu,aku kena lalu tempat baby...n aku ajak adik aaku singgah jap kat tempat baby tu...cadangnya nak tgk barang2 baby kan..bole la aku beli utk hadiahkan kat akak aku n abg ipar aku...aku nampak satu baby court(betoi ke ejaan ni)...adik aku kata cantik n takde lagi ..nak beli baju,da banyak..botol susu pun banyk..jadi aku pun beli la benda tu...bawak balik terus baringkan baby atas court tu...seronok rasanya tgk...dia pun asik tido je la kan..baby ka..nak wat pe lagi kan...tido la..baby pun terima lawatan juga dari my fren kan...huuh....huuh...n lastly aku habiskan ptg ahad aku ngan men gem smbil jenguk2 baby...malam tu,baby asik nanis je..kejap2 jaga..kejap2 jaga...so aku yang tido lewat ni bertugas as jaga la..baby jaga je terus gi tepuk dia...huuhh....tapi tak diam jugak sebab lapar susu kan..so...tugas ibu dia la pulak kan...

esoknya...aku bangun awal sebab ade org dtg nak ngurut ibu baby...n sekali lagi aku bertugas menjaga baby yang tido...huhuuh....seronok sebab dapat gak dukung dia...sebab dia nanis so angkat dia bawak berjjalan terus senyap..ngelat dia ni tau..huhuh...aku habiskan masa separuh hari aku ngan baby sebab bas aku ke jb kul1...kul12 aku gerak kuar umah ke pudu..abah aku anta..n ditemani baby yang da besar,afif...huhuhu..anak jiran aku...sampai pudu dia anta aku...masa keta gerak dari pudu..aku tgk dia melambai tak henti2..jadi sedih plak aku..n now..aku da kat jb..aku rindukan suma ni..NAK BALIKKKK KL...!!!!!....aku ngan afif...ni la baby court yang aku n adik aku beli utk baby



sekitar majlis perasmian masum uni-league...








salam...lepas game petang tu.ujan turun lebat sangat2...kitorang redah ujan tu utk naik bas sebelum gerak menuju ke kompleks sukan upm..utk mandi..siapkan diri n solat...before gerak ke majlis perasmian masum unileague. n kitorang tgk la sket gimik jatuhkan belon tu...huhuhu...n tgk game sumbangsih um vs mmu..hambar gila game tu..mungkin sebab padang basah...n utm pulang awal malam tu..aku amik beg n tunggu masa utk pulang ke umah..huhuh....kita jumpa di entry akan datang ek...

Laporan & Keputusan Penuh : UTM FC vs UPNM


BANGI - Perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan bagi memulakan aksi MASUM UNI-LEAGUE telah berlangsung pada 21 februari 09 di Padang A UKM Bangi. UTM tampil dengan jersi serba biru memulakan aksi dengan membariskan 3 orang pemain baru dalam kesebelasan utama. memulakan aksi menyerang dari kanan ke kiri,utm mengancam seawal minit ke2 namun gerakan penyerang utm,li dikesan offside oleh penjaga garisan.upnm membalas serangan namun percubaan penyerang upnm sekadar melintas di atas palang gol utm. serangan utm pada minit ke21 sekadar menyaksikan hantaran lintang dari pemain no13 utm,ijat sekadar ditanduk oleh li jauh dari gol upnm.selang 2 minit selepas itu,percubaan naib kapten apat tidak tepat dan utm sekali lagi gagal menembusi kubu upnm. kad kuning pertama dilayangkan kepada kapten utm,syukri apabila mngasari pemain upnm.li sekali lagi berjaya meloloskan diri namun percubaannya tepat ke dakapan penjga gol upnm. namun akhirnya pada mint ke 39, gerakan menarik antara li dan ijat berjaya menghasilkan gol apabila tolakan ijat kepada li berjaya disudahkan dengan cantik oleh penyerang muda ini untuk menjadikan kedudukan 1-0.2 minit seleps itu, kedudukan berubah lagi apabila sekali lagi ijat melakukan hantaran kepada li untuk dia menggelecek penjaga gol dan menjadikan kedudukan 2-0.

utm memulakan separuh masa kedua dengan melakukan pertukaran apabila mengeluarkan nizam yang cedra dan digantikan dengan amin.hanya 5 minit selepas sepak mula,ijat melebarkan penguasaan utm dengan jaringan ke3 dari kanan gol upnm apabila merembat rendah melepasi jangkauan penjaga gol upnm,3-0.pada minit ke64,sepakan percuma upnm sekadar melintas di hadapan gol utm tanpa susulan daripada pemain upnm.utm hampir menambah gol pada minit ke 71 apabila sepakan percuma ijat dari luar kotak penalti menyaksikan penjaga gol upnm melayangkan badan untuk menampan percubaan tersebut, dan susulan daripada rafiq juga diselaamtkan penjaga gol upnm. upnm terus mengasak kubu utm tanpa putus asa dan hasilnya berjaya mendapatkan sepakan penalti apabila bola dikatakan terkena tangan kapten utm. penalti berjaya disempurnakan untuk menjadikan kedudukan 3-1.da kesilapan pertahanan upnm memainkan bola di zon merbahaya di kawasan pertahanan dihukum apabila li berjya mencuri bola dari kaki pertahanan upnm sebelum sekali lagi menggelecek penjaga gol dan menolak mudah bola ke dalam gawang untuk melengkapkan hatrik nya pd minit ke 89 untuk memastikan kemenangan 4-1 utm ke atas upnm..

fakta menarik : li merupakan satu2nya pemain yang berjaya menjaringkan hatrik pada perlawanan pertama untuk DUA musim berturut2

Antara rangkuman aksi UTM :



UTM vs SKUAD PIALA PRESIDEN JOHOR

UTM vs JOHOR (PIALA PRESIDEN)
24 Februari 2009
5 petang
Padang Tapak UTM...

JOM RAMAI-RAMAI...

Monday, February 23, 2009

Keputusan Masum Unileague

Salam...berikut keputusan perlawanan pembukaan untuk utm bagi kejohanan masum unileague hari sabtu lepas. laporan penuh n rangkuman aksi entry lepas ni ye...

UTM (4) vs UPNM (1)


TAHNIAH UTM...!!!

Friday, February 20, 2009

8 jam sebelum bertolak..

salam...saat aku tulis entry kali ni...aku ade 8 jam agi before bertolak ke ukm-kolej keris mas..(kembali lagi ke keris mas)...macam2 perasaan aku alami skang...nervous..happy...takut pun ade...tp yang penting aku akan betolak ke ukm ngan minda yang kosong tanpa sebarang masalah..if ade..aku akan tinggal kat skudai...aku nak bagi full komitmen utk travel kali ni..ahakz...

quality of time utk family...quality of time ngan kengkawan utm fc...moga kemenangan berpihak kepada UTM FC...

JOM RAMAI-RAMAI...

UTM vs UPNM

21 Februari 2009
5 petang
Padang A ukm..(pavilion)




Thursday, February 19, 2009

Sedekah yg pahalanya terus mengalir...

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :

SADAQAH JARIAH –

KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR

AL SADAQAT AL JARIYAH –

THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.

Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.

Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.

Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.

4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.

Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.

Place a water cooler in a public place.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.

Share constructive reading material with someone.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.

Participate in the building of a mosque.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a.

Share a dua or Quran CD.

9. Bantulah pendidikan seorang anak.

Help in educating a child.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.

Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.

Jadilah "sejuta artikel" dengan meneruskan artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk".

Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".

Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.

kerisauan menjelang perlawanan pembukaan...

salam..arini ni tadi before aku masuk dewan...papa msg..."msg aku lepas setle keje ko"...

aku kotakan janji aku n msg papa after stle keje aku dlm dewan tuh..n papa meluahkan krisauan yang sama macam yang ade dalam kepala aku...risaukan keyplayer tak men hujung minggu ni utk openaing game lawan upnm...hanya kerana tak buat beep test n tak dapat nak ukur tahap fitness budak2 ni...mmm...

kebetulan aku jumpa dua org agi player...n aku bincang menda yang sama gak ngan diorang..n diorang pun memikirkan benda yang sama....2 hari menjelang game....60 jam sebelum kickoff...kami masih tak dapat bayangan 1st e yang akan diturunkan utk game nanti...tapi lepas bincang2 tu...kami sepakat utk tunggu n lihat je apa juga keputusan yang coach nak kuarkan nanti....

"...nak seribu daya..taknak seribu dalih..."

Tuesday, February 17, 2009

permata hatiku yang baru...

wan afiqah bt mohd fikhri, 1 hari

wan afiqah bt mohd fikhri, baru pas nanis...ala cian die...lapar ye...


salam...satu perasaan baru menyelinap dlm hati aku skang...perasaan yang happy sangat2...aku sangat excited arini...sebenarnya malam tadi lagi...huhuhuh....tak sabar rasanya nak balik hujung minggu nih....ape2pun...semoga dia sihat sepanjang hayat...n jadi anak yang solehah...jangan nakal2 ye..cian kat ibu ngan ayah nanti....

Monday, February 16, 2009

alhamdulillah semuanya selamat...

salam..
saat aku menulis blog ni...dr tgh dressing akak aku n nga cuci n siap2kan baby...n abg ipar aku nga tunggu nak iqamatkan baby dia...

itula sebenarnya yang membuatkn aku jadi over excited..n tak sabar...tepat 1025 tadi akak aku alhamdulillah selamat melahirkan seorang baby girl...wan afiqah bt mohd fikhri. (nama macam uncle dia maa)..di hospital sg buloh...

sepanjang hari ni sebenarnya aku sangat2 memikirkan ttg perkara ni..ngalahkan anak seniri...tp ntahla...mungkin anak buah yang pertama kot...takpela...ap org nak kata..aku tetap bersyukur kerana semuanya selaamat..pasti dan pasti..aku tak sabar nak tunggu hujung minggu ni...yang psti ade 5 perkara yang buat aku tak sabar...

1-game utm vs upnm kat ukm sabtu nih...(rabu ni frenly laawan staf)

2-dapat jmpa member2 masa aug dulu..ramai kat ukm...(rindu kat kowang...)

3-nak jumpa baby...!!!...(my 1st anak buah maa...)

4-nak balik jmpa pamili ku...(mama, abah..adik2...sehat ka..???)

5-nak jumpa my dr peribadi la..appoinment kesihatan...ahakz...(jangan dia oncal da la kan)

"bila kenangan mengusik jiwa..pasti senyuman terukir kembali..."

menanti dirimu...

jiwang gila tajuk arini...tapi aku memang sedang menantikan seseorang pun...bila la agaknya aku dapat jumpa dia kan...minggu depan la kot...tadi pn aku kol mama aku tanya da ada kat uma ke..mama kata belum agi..ish..makin tak sabar plak kan...takpela..ade rezeki..pasti akan ku jumpa dengan dirinya..

SEMINGGU MENJELANG PEMBUKAAN UNI-LEAGUE

mm...tinggal seminggu lagi..(sebenarnya tak sampai seminggu pun)..untuk ke perlawanan pembukaan unileague..mm...macam2 perasaan skang ni dalam ati..macam2 yang difikirkan dlm kepala...utm vs upnm..aku mengharapkan kemenangan supaya dapat membangkitkan semangat kami sepasukan..tapi upnm juga pasti hadir dengan semangat yang tinggi..naib juara taun lepas..tewas ngan mmu..ak pasti upnm hadir ngan semangat yang tinggi kan..askarplak tu..memang semangat juang tinggi punya..tkpela.apa2 pun..UTM...KAMI SUDAH SEDIA..!!!

UTM vs UPNM
padang a ukm bangi (pavilion)
5.00 petang
21 februari 2009

hari melanggar diet dan menghabiskan duit...

salam semua..entry kali ni saje je nak cite ttg semalam..semalam ari ahad...ak tak de apa2aktiviti rasmi...so cadngnya..nak melepak kat umah je..tapi pagi tu ade la gi anta org...pastu jumpa customer...pastu kembali ke umah..tgk melodi..n sambung ngan cite mr os..huhuhuh...sampai terlentok2 aku atas sofahuh...ostu aku sambung lelap dlm blik aircond...huhuh...sajeje banyakkan bil letrik bulan ni...alih2 aku bangun semula kul6..perut da berkeroncong da masa tu...aku pun capai towel..mandi n besiap...solat...pstu abru pikir nak wat pe..ariini ari ahad..so ade pasar malam kat sri skudai..aku plan ar nak kesana...tp silapnye aku..aku p bukak fm09 n boleh plak aku melayan game tu sampai maghrib...adoi..solat mghrib dulu,ngaji sket ar baru pi pasar...dlm kul8 lebih aku sampai sana...n aku tak plan nak beli pape..aku kuarkan 10 hengget dari wallet..n mulakan penjelajahan...
pasar malam - aku lalu depan gerai ayam goreng...sedap plak rangka tu...jalan agi..masih memerhatikan...sampaila ke pertengahan jalan..ak singgah satu kedai..pn kedai ayam goreng gak..ak pun
beli k,teow goreng + rangka ayam...melayang RM3.50...ak pun patah balik...nampak kedai kuih muih..aku terus nampak puding kegemaran aku...puding caramel...!!...aku pun tak tanya harga terus beli..sekali ngan 1 slice kek batik..melayang agi RM3.00...hhuhuh...ak terus agi...terpandang plak kat ayam percik ni..aku pn ble plak terfikir..sedap gak lauk ni makan ngan kk.teow..huhuuhu..melayang agi RM2.00 aku gerak agi ke depan..menuju ke permulaan pasar ni..terasa tak lengkap plak makan takde air kan..hajatnye nak carik air kelapa..tp hampa tgk da habis..aku pun order la air tebu...fresh punya...terbang agi RM1.20...hampir penuh da tgn aku..huhuhu...memang makanan yang melanggar diet langsung..diet training...habis duit..hahaha...tapi takpela...nak makan pun...smpai umah..snap gambar dulu baru start
makan...alhamdulillah...wpun k.teow tu tawar tapi sebab da lapar kan...makan ar ngan percik tu..rangka tu aku jamah sket je n tinggalkan dlm pinggan..utk supper la konon...samala macam puding ngan kek tadi....huhu...so sambil2 tgk tv...ak menunggu kul9 nak gerak gi anta barang kat bdr selesa jaya...n alhamdulillah semuany selesai..ittadakimas...!!!

Sunday, February 15, 2009

Kau Yang Satu....

salam...aku dapat emel ni satu masa dulu...n aku masih simpan dlm inbox aku...n sekarang aku rasa masanya yang paling sesuai utk aku publish as entry aku..

buat suma di luar sana...baik yang da berkahwin..mahupun belum...hargailah teman anda..insyaAllah ade jodoh tak kemana...bagi yang da ditemukan dengan jodoh itu...maka hargailah ia..bersyukurla kerana si dia merupakan pelengkap kepada kita...

CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA. NAMA YANG DIGUNAKAN HANYALAH UNTUK TUJUAN PENULISAN PENCERITAAN SAHAJA. SEKIRANYA SAMA DENGAN MANA-MANA PIHAK HANYALAH KEBETULAN SAHAJA...TERIMALAH...KAU YANG SATU..(TAJUK NI AKU YANG BAGI..SEBAB TAK TAU APE TAJUKNYE...)


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.


"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisamengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok
je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah
sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa
punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin akusentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya... Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun
Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita. Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis..

"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA"

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah
kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang
merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...

sekian...